ASSALAMUALAIKUM

click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Wednesday, 13 January 2016

KALIMANTAN : Perjalanan ke Kota Samarinda


Perjalanan dari Banjarmasin ke Kota Balikpapan boleh melalui jalan darat menggunakan bas  berjarak dalam 480km. Keadaan jalan yang kecil dan memenatkan kami memilih jalan udara. Terdapat dalam tujuh penerbangan harian. Kami memilih pesawat Garuda untuk kesana

Bandara Syamsuddin Noor di Banjarmasin, walaupun kecil tetapi lalulintas udaranya sangat sibuk. Penduduk tempatan lebih gemar menggunakan perkhidmatan pengangkutan udara kerana sistem jalan daratnya yang sukar.

Kaunter taksi Banjar, etnik dominan disini

Perkhidmatan pesawat domestik mendapat sambutan utama

Gelagat penunpang tempatan menunggu pesawat 

Kiosk yang terdapat dalam bandara

Waktu keberangkatan pada pukul 10.55 pagi. Waktu disini sama dengan di Malaysia

Disini tiada aerobridge, penumpang semuanya menggunakan bas untuk ke pesawat


Meninggalkan Bandara Banjarmasin menuju Balikpapan

Selepas sejam perjalanan Kota Balikpapan yang terletak di pinggir laut mula kelihatan


Selamat mendarat di Bandara Balikpapan. Bandaranya cukup moden mengatasi sesetengah airport di Malaysia


Serba moden dan lengkap dengan perbagai kemudahan



Monday, 11 January 2016

KALIMANTAN : Kota Martapura



Kota Martapura terletak 40km ke timur dari bandar Banjarmasin. Menjadi ibukota bagi Kabupaten Banjar, Kalimantan Selatan.Indonesia.


Masjid Agung Al Karomah terletak ditengah bandar Martapura.

Deretan kedai yang terdapat di sepanjang jalan Ahmad Yani.

Lalulintas di Kota Martapura

Universiti yang terdapat disini, nama Lambung Mangkurat itu diambil dari nama Raja Banjar berketurunan dari India.



Penjaja makanan yang terdapat di bahagian tepi pagar mesjid

Antara toko yang menjual pelbagai cenderahati di tepi mesjid


Wednesday, 6 January 2016

KALIMANTAN : Pondok Pesanteren Yassin ( PONPES YASSIN )


Pengajian Akbar menggunakan Kitab Bustanul Arifin berjalan di Ponpes Yasin bermula dari 13 hingga 15 Disember 2015



Inilah musolla yang dijadikan lokasi pengajian


Musolla Riyadus Shalihin



Inilah kitab yang digunakan, Kitab Bustanul Arifin . Kitab terakhir karangan Imam An Nawawi yang wafat pada 1277 M


Musolla bagi muslimin


Musolla bagi muslimat terletak di sebelahnya


Sebahagian bas yang digunakan untuk mengangkut peserta dari hotel ke musolla semasa pengajian.

Kolam untuk berwuduk terletak di hadapan musolla

Acara peresmian dan pembukaan pengajian akbar di lansungkan di Masjid Agung Banjarbaru



Rumah Ust Fahmi Zamzam yang terletak di sebelah musolla

Bas yang digunakan untuk mengangkut peserta pengajian

Pada waktu rehat peserta boleh berkunjung ke gerai gerai yang banyak terdapat di kawasan pondok untuk makan. boleh lah rasa menu masakan suku Banjar.



Antara menunya nasi himpit Banjar yang dibungkus dalam daun pisang

Lepas di buka bungkusan, kuahnya diratakan diatas nasi

Kuih ketayapnya memang sama dengan tempat kita

KALIMANTAN : Penginapanan di Kota Martapura


Dari bandara Banjarmasin kami bertolak ke Kota Martapura yang jaraknya dalam 30km

Tempat penginapan ialah di hotel Roditha

Hotel ini terletak di pinggir Kota Martapura


Bersebelahannya terletak kedai ayam bakar Wong Solo

Terus pi pekena nasi goreng Wong Solo kerana dah seharian belum menjamah makanan berat.

Friday, 1 January 2016

KALIMANTAN : Perjalanan ke Banjarmasin

Perjalanan kali ini agak berbeza dari sebelumnya. Kembara ini dilakukan bersama jemaah kuliah pengajian ke pesanteren tok guru suku Banjar di Kalimantan. Beliau Ustaz Fahmi Zamzam membawa kami ke sana bagi melihat sendiri dan turut sama menyambung sebahagian pengajian bersama anak murid nya disana. Di rantau orang ini kami dapat merasakan bagaimana suasana dan keadaan sistem pesanteran yang berjalan disini berbanding di negara kita. Ada dua tempat pengajian yang akan dilawati. 





Pengajian Akbar berlansung di dua lokasi di Kalimantan.
Pertama  di Banjarbaru Banjarmasin, Kalimantan Selatan selama tiga hari bermula dari 13 hingga 15 Disember 2015 dan yang kedua berlansung selama dua hari dari 16 hingga 17 Disember 2015 berlansung di Kota Samarinda, Kalimantan Timur.



Dalam pesawat Garuda di KLIA

Suasana dalam pesawat

Perjalanan bermula, meninggalkan KLIA menuju ke Jakarta untuk transit.


Pulau Jawa sudah kelihatan


Pemandangan Kota Jakarta ketika pesawat sedang mendarat



Sabtu 12 Dis 2015,Pukul 3.06 ptg waktu Malaysia, selamat mendarat di Jakarta.


Melalui pemeriksaan imigresen bandara



Seterusnya beraleh ke bahagian penerbangan domestik untuk transit ke Banjarmasin. Penerbangan pada
 pukul 1625 (WIB)



Penerbangan ke Banjarmasin.


Alhamdulillah, selamat sampai di Bandara Syamsudin Noor Banjarmasin. 
Nama Syamsudin Noor di abadikan pada bandara ini bagi mengenang jasa nya sebagai anak tempatan Kalimantan Selatan yang menjadi kapten tentera udara Indonesia.
 Beliau meninggal dalam kemalangan udara ketika bertugas pada tahun 1950 pada usia 26 tahun.