ASSALAMUALAIKUM

click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Tuesday 18 August 2015

HAT YAI : Jalan jalan ke Central Festival Hatyai




Pada 31 Mei, cuti pertengahan tahun persekolahan. Kami memulakan jalan jalan rentas sempadan.Bertolak dari rumah pada jam 730 pagi dan setelah selesai urusan imigresen Malaysia -Thai, kemudian ke kedai pengurup wang dan  kami terus bersarapan di gerai Pekan Danok.Thailand.


Makanan pilihan ialah nasi kerabu dan daging bakar.


Berbagai jenis makanan dapat di pilih dari gerai gerai disini



Nasi kerabu dan teh ais telah sampai



Memang menyelerakan......


Jalanraya di bandar Sadao masih lengang, hari Ahad adalah cuti hujung minggu di Thailand.



Kemudian kami sampai ke bandar Hat Yai dan terus ronda ronda  dan masuk ke Central Festival Mall



Semua pintu masuk ke mall ini dilengkapi alat pengesan logam, ini perkara biasa disini bagi tujuan keselamatan.




Ice skating ring sub zero menjadi pilihan











Mula nak tunjuk skill

Kami sahaja nampaknya orang luar, yang lainnya semua penduduk lokal Hat Yai


Bahagian food court nya besar dan selesa


Mereka sebut Food Park disini


Bagi urusan membeli makanan semuanya menggunakan token, ni lah kaunter untuk menukar wang tunai kepada token dalam bentuk debit kad.


Terdapat banyak gerai yang menjual makanan halal


Adik yang menjual bertudung lagi......orang Islam Thailand


Di aras yang sama terdapat pawagam, apa yang menarik semua pembelian tiket menggunakan kaedah tiket elektronik ( e-ticket )

Semua pembelian tiket melalui mesin elektronik ini. 


Pilih judul filem dan masukkan duit secukupnya, ambil tiket dan terus ke pintu masuk.


Bahagian pintu masuk.

Penat berjalan............rehat dulu....

Kembara Rentas Sempadan Thai - Malaysia








Kembara kali ini berkereta dari rumah ke bandar Hat Yai sejauh 110km. Jalan jalan di Mall  terbaru disini dikenali sebagai Central Festival pada sebelah pagi.
 Disebelah petang jalan jalan di Pasar Terapong Khlong Hae yg terletak 6 km dari bandar Hat Yai.
Dari pasar terapong berkereta sejauh 24km  ke Kao Seng Resort di Bandar Songkla untuk bermalam di sana.

Dari Songkla perjalanan di teruskan sejauh 100km mengarah ke selatan menuju  Daerah Pattani dan check in 
di My Garden Hotel di Bandar Pattani.

Dari sini perjalanan di sambung ke Kota Bharu sejauh 163km melalui Narathiwat dan Tak Bai. Dari Tak Bai dengan menggunakan feri menyeberang ke Pengkalan Kubor seterusnya ke Tumpat dan sampai ke Kota Bharu pada sebelah petang dan check in di Saad Homestay di jalan Kubang Kerian - Bachok.

Dari Kota Bharu menuju balik ke rumah di Alor Star sejauh 355km melalui Lebuhraya timur barat. Lengkaplah satu pusingan jalan jalan rentas sempadan sejauh 760km Alhamdulillah....dengan izinnya selamat dalam perjalanan pergi dan balik selama 4H3M bermula
 31Mei hingga 3 Jun 2015




Thursday 6 August 2015

YOGYAKARTA : Bandara Adi Sucipto





Menuju ke Bandara untuk berangkat pulang ke Malaysia




Menanti untuk boarding.........bandaranya kecil sahaja


Boarding AA pada jam 1130 pagi ke KLIA2




Selamat tinggal Yogyakarta......panjang umur InsyaAllah datang lagi.....

Kedudukan bandara di sebelah Kota Yogyakarta


AA menyusuri laluan selatan pulau Jawa. Kelihatan laut selatan yg terkenal di Yogyakarta dengan mitos Ratu Kidul (Lautan Hindi).

Kelihatan banyak gunung berapi yang kawahnya menjulang ke angkasa di kawasan Jawa Tengah

Kelihatan Selat Sunda yang memisahkan Pulau Jawa dengan Pulau Sumatera.

Alhamdulillah........selamat mendarat di KLIA2 pada 
pukul 3.05 petang dan menanti flight malam utk
 balik ke Alor Setar.
Maka berakhirnya pengembaraan selama 9H8M mejelajah Nusa Tenggara Lombok dan Bali juga Yogyakarta di Jawa Tengah (Jaten).  I'm a traveler not a tourist.

Tuesday 4 August 2015

YOGYAKARTA : Makan Malam di Lesehan Malioboro





Perarakan Hari Kebangkitan Nasional berlansung setiap tahun pada tanggal 20 Mei di Yogyakarta

Bertuah juga secara kebetulan dalam perjalanan untuk makan malam di lesehan dapat melihat perarakan tahunan ini yg melalui di sepanjang Jalan Malioboro

Kebangkitan ini di asaskan oleh Boedi Oetomo pada 20 Mei 1908.bagi memperjuangkan kemerdekaan Indonesia.

Menggambarkan bagaimana rakyat termasuk kaum wanita berjuang bersama menentang penjajah Belanda.


Selesai melihat perarakan, terus menuju ke lesehan Pojok untuk makan malam

Keunikan makan disini, terpaksa bersila. 
Teringat zaman kecik dulu tinggal di rumah kampong hari hari bila makan beginilah caranya.

Menu nya nasi goreng dan burung dara

Lihat dalam menu burung dara, rupanya merpati tua kepala pun masih ada.........ini burung janda kot.

Sudah rezeki.....makan sajalah walaupun burung dara dah jadi burung janda.

Di Indon masa makan di kedai mereka ni mesti sampai, pengamen namanya......tapi yg ini memang pro siap dengan pemain double bass. Kumpulan ni memang popular di Malioboro dan ada dalam youtube.


Ya Pak......biaya makannya cuma 47 ribu.....itulah ucapan pelayan kedai semasa memberi bil bayaran.