ASSALAMUALAIKUM

click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Thursday 1 October 2015

KOTA BHARU : Perjalanan Pulang Melalui L/Raya Timur-Barat ke Kedah



Laluan perjalanan pulang dari Kota Bharu ke A.Setar


Sebelah pagi jalan jalan ke Pulau Melaka untuk  bersarapan, dan melawat sekolah/kediaman  Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz b Nik Mat. Rumah beliau terletak bersebelahan bangunan sekolah ini.


Disebelahnya terletak masjid ini, dimana menurut pengunjung yang biasa ke sini mereka sering bertemu Tuan Guru selalu membersihkan kawasan ini semasa hayatnya.

Homestay Saad, sahabat baik saya semasa tk5 dan roomate di kolej ke 4 UPM. 

Bila saya menyambung pelajaran ke UM,  beliau tidak ikut dan berkahwin serta menetap di Kota Bharu hingga kini.

Antara anak anak En Saad.

Pukul 930 pagi bertolak balik ke Kedah dan pada jam 1230 dah sampai ke Bukit Bunga. Singgah untuk makan tengah hari disini.

Dah sampai di laluan Grik ke Baling melalui Gunung Inas



Alhamdulillah........dah sampai di Kedah.

Saturday 26 September 2015

PERJALANAN DARI PATTANI KE KOTA BHARU

Perjalanan Pattani - Kota Bharu


Jarak antara Bandar Pattani dan Kota Bharu sejauh 167 km melalui Bandar Tak Bai di Thailand. Menyeberangi Sg Golok dengan feri ke Pengkalan Kubor  untuk masuk ke Malaysia.


Perjalanan yang selesa kerana trafik tidak sesak

Menggunakan lebuhraya dua lorong, paling istimewa tidak di kenakan tol. Semua lebuhraya di Thailand percuma kecuali di Bandaraya Bangkok. Mungkin kerana kerajaan mereka lebih kaya dan lebih sayang kepada rakyat.

Sekatan jalan raya dan kehadiran kenderaan tentera di sepanjang jalan menjadi fenomena biasa di Wilayah Selatan Thailand yang sering bergolak.

APV tentera yang kalis peluru dalam keadaan siap sedia di sekatan lebuhraya Pattani ke Narathiwat




Dah sampai di Narathiwat, separuh jalan baru.......




Persimpangan ke Sg Golok, boleh terus ke Bandar Rantau Panjang iaitu pintu masuk bagi kenderaan berat ke Malaysia.


Pintu masuk ke pemeriksaan kastam Thai di Tak Bai. Borang kastam kenderaan perlu di serahkan disini sebelum masuk ke Malaysia. Kegagalan akan menyebabkan kenderaan akan di tahan bila memasuki Thai pada masa hadapan.

Sungguh teruja dengan ayat "Sila datang jelajah Thailand lagi". Mereka memang suka kita kesana, polisnya tak pernah tahan kenderaan luar dan rakyat nya amat sopan pada pelancong . Tak ada mat rempit dan penjaga parking haram .

Tiket feri TakBai untuk kenderaan lebih kurang RM 6.

Tiket penumpang lebih kurang RM1.20

Diseberang sana kelihatan Pengkalan Kubor di sebelah Malaysia

Muatan di atas feri

Pengkalan feri di sebelah Tak Bai. Di belakang kelihatan bangunan pejabat Imigresen Thai

Feri sedang menyeberangi Sg Golok, saiz feri sama dengan yg digunakan menyeberangi selat di Songkhla


Suasana Bandar Tak Bai dari feri


Papan tanda selamat datang ke Malaysia di pengkalan feri Bandar Pengkalan Kubor



Selamat sampai di jeti Pengkalan Kubor


Alhamdulillah selamat kembali ke Malaysia.........dalam perjalanan dari Tumpat menuju ke Kota Bharu











Thursday 17 September 2015

JALAN JALAN MESJID GRESIK ( Masjid Sultan Muzaffar Syah )




Papan tanda gerbang masuk ke Pattani dengan gambar di tengah menunjukkan Mesjid Gresik




Masjid bersejarah ini terletak di Jalan Moo 2 Baan, Kru Se, Muang Tanjong Lulo.Wilayah Pattani. 
Jaraknya sekitar 7 km dari ibu kota Pattani

Masjid ini juga di kenali sebagai Masjid Sultan Mudzaffar Syah. Dibina pada tahun 877 Hijrah. Kini berusia 559 tahun.


Pemerintah Thai menyebut mesjid ini Masjid Kru Se atau Krue Sae atau Kerisek.Manakala penduduk tempatan menyebutnya Masjid Gresik, kerana mengikut sejarah dahulu ramai pendatang dari Indonesia datang mendiami disini terutama dari Gresik, berdekatan Surabaya. Menurut penduduk tempatan memberi tahu,binaannya tidak lengkap kerana setiap kali pembinaan baru dilakukan berlaku berbagai tragedi yang menghalang. Akhirnya dibiarkan sebegini seadanya.

Masjid Gresik dahulu menjadi Ibu Kota Kesultanan Pattani Darussalam. Menurut sejarah Pattani dahulu merupakan sebuah negara dan bukannya daerah. Sejak dibina masjid ini telah lapan kali dibakar oleh tentera Siam semasa menyerang negara ini.

Paling muttakhir pada 28 April 2004 berlaku tragedi hitam dimana tentera Thai bersenjata berat telah mengepung pejuang pembebasan Pattani yang berkubu disini. PM pada masa itu Thaksin telah mengarahkan serangan menyebabkan seramai 128 pejuang syahid di halaman masjid manakala 32 pejuang lagi telah syahid di dalam mesjid. Pertempuran telah berlansung selama 7 jam. Dunia telah mengecam serangan itu dan pihak berkuasa Thai memaklumkan hanya 38 orang sahaja yang terkorban.

Pasar sehari disekitar mesjid pada hari Isnin

Gula gerek sangat popular untuk membuat kueh buah melaka dalam bulan puasa.

Majoriti peniaga terdiri dari kaum Hawa, situasi yang sama dengan di Kelantan kerana asal keturunan mereka sama






Disebelah masjid terdapat Pusat Pembelajaran Pelancongan Tamaddun Pattani

Tuesday 15 September 2015

PATTANI : Jalan Jalan ke Pantai Panare, ปะนาเระ,( Penarek.)


JALAN JALAN PANTAI PENAREK PATTANI


Pantai Penarik di Pattani memang terkenal, majoriti di kawasan ini penduduknya beragama Islam



Merupakan kawasan yang sering bergolak antara pejuang pembebasan Pattani dan tentera Thailand. Dalam perjalanan ke sini kami terpaksa melalui lebih kurang 20 check point tentera dan sekali kereta kami di geledah dan paspot kami di periksa. Alhamdulillah semua nya berjalan lancar 

Menara jam di pintu masuk kampung Penarik

Gerai gerai terletak di kiri kanan jalan




Suasana di kampung Penarik di waktu pagi


Mesjid Darulaman Penarek

Suasana Pantai Penarek di waktu pagi



Biasanya pengunjung akan ramai disebelah petang


Dua ekor ikan layar biru (Blue Marlin Fish) menjadi hiasan lambang Pantai Penarek

Ikan ini sangat terkenal di kalangan pemancing. Ia mampu berenang hingga mencapai kelajuan 80 km/jam