ASSALAMUALAIKUM

click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Monday 23 June 2014

EKSPIDISI KE MT. BROMO




Bangun awal pagi di kota Surabaya, selepas Semarang dan Demak hari ni nak ke Probolingo.........paling senang ke sana dengan menaiki bas dari Surabaya. Check out dari penginapan Jaya Kesuma pada pukul 7.00 pagi



Bersama bapak tuan punya rumah penginapan Jaya Kesuma  di Terminal Purabaya (Bungurasih)  sebelum ke terminal bas




Lorong (gang dlm bahasa Indonesia) antara kediaman yang menuju ke terminal bas. Berjalan kaki dalam 200m sahaja,




Singgah sarapan pagi di Warung Puspita




Ini saja menu yang ada............bole lah setakat mengalas perut.




Barangan jualan.........nasi belum siap lagi kerana masih awal pagi.


Pilihan lain yang ada...............jajan yang tak menyelerakan.....
Beg backpacker di letakkan dihadapan gerai.........selamat......



Gerai makan besebelahan terminal bas sahaja......



Sampai di terminal terus cari bas  Patas ke Probolinggo..........bas  AC  harga tiket  IDR 57k shj ( dlm RM15) untuk perjalanan sejauh 102  km



Laluan perjalanan dari Surabaya ke Probolinggo



Suasana Kota Surabaya di bahagian  hadapan terminal bas



Perjalanan mengambil masa dalam dua setengah jam.....pukul 10 pagi dah sampai di terminal Probolinggo



Deretan bas di terminal Probolinggo


Dari terminal bas, berjalan kaki ke belakang terminal menuju ke jalan Gunung Bromo terrdapat deretan van (Bison) berwarna biru  yang mengangkut penumpang ke Cemoro Lawang.

Bergambar di hadapan Bison 12 penumpang



Semasa sampai di sini baru ada 4 orang penumpang............kena tunggu lah jawabnya..Lepak dekat warung lah sementara menunggu keberangkatan.



Sementara menunggu penumpang, pemandu dan konduktor Bison dari suku Tengger ini  menghabiskan masa dengan bermain catur.





warung di sepanjang kawasan perhentian Bison Ke Mt Bromo


Makan Bakso,,,,,,,,untuk mengalas perut di warung  muslim




Sementara itu dok berbual dgn mrk ni lah.......wanita di kiri tu menjelajah benua Asia bersama suaminya dengan berbasikal, berasal dari Lyons .Peranchis. Bercadang mengayuh ke Mt Bromo.....malangnya basikal rosak di Probolinggo. Terpaksa naik van utk ke sana.



Lepas lebih 2 jam menunggu...........akhirnya van bertolak ke Cemoro Lawang  sejauh 44km pendakian dari Probolinggo, Bayaran van IDR 65k seorang. Agak mahal sikit kerana penumpang tidak penuh.




Peta laluan perjalanan dari Terminal Probolinggo
 ke Cemoro Lawang Mt Bromo




Jalan menghala ke Mt Bromo




Pemandangan indah dalam perjalanan ke Cemoro Lawang





Kawasan kediaman penduduk di sepanjang laluan pendakian


Dah sampai di kawasan Cemoro Lawang



Homestay Pak Yogi menjadi pilihan kerana bersih dan rapi



Sewa biliknya  IDR120k semalam (RM30).......ok jugak la....


Berehat di bahagian lobby



berjalan  200m dari homestay dah dapat lihat kawah Mt Bromo yang aktif mengeluarkan asapnya






Dua orang mak chik dari Suku Tengger sedang berborak pada waktu petang



Laluan ke Mt Bromo di penuhi dengan hotel dikiri dan kanan jalan



Lelaki Suku Tengger sedang berehat di tepi hotel dgn latar belakang Mt Bromo


Menyedut asap Rokok Kretek utk mencari inspirasi..................Pak Chik  Tengger


Notis dari Bahagian Perhutanan





Bahagian hadapan Hotel Cemara Indah



Disebelah hotel ini, disediakan tempat lepak untuk menghayati pemandangan indah kawah gunung berapi 



Suasana indah dan sejuk serta nyaman di waktu petang.................subhanallah



Kedai cenderamata suku Tengger di Cemoro Lawang


Rumah kediaman Suku Tengger disini, mereka masih mengamalkan ajaran Hindu seperti di Bali. Pekerjaan mrk menanam sayur, memandu jeep dan menunggang kuda utk membawa pelancong yg berkunjung kesini.


Penat berjalan............................pekena minum petang di Cafe Lava


Bahagian dalam cafe........berkonsepkan budaya setempat


Menunya .........................roti bakar dengan parutan keju  



Dah kenyang........jalan jalan lagi.....




Bersama pemuda Tengger tempatan yang menjual barangan keperluan semasa di Mt Bromo



Beraksi sakan Mat Tengger ni bila nak di ambil gambar mereka...........................




Selepas tidur dalam pukul 4.00 pagi .........melalui pakej Sunrise  Bromo berharga IDR 100k. Jeep akan membawa ke Penanjakan. Utk masuk ke Tengger National Park, pengunjung dikenakan kadar tarif seperti di atas



 Bila dah sampai diatas gunung kawasan Penanjakan ..............Sebagai alas perut makan makan cucuk pisang dgn teh o dulu  ,,,,,pukol 530 pagi  !!!????


Fajar telah kelihatan di ufuk timur.........menandakan waktu utk solat subuh





Kemudian ke Penanjakan utk melihat sunrise di Bromo





Subhanallah..........pemandangan yang tersangat cantik yang Allah jadikan di sini,


Lokasi Gunung Berapi di Taman Nasional Tengger





Kelihatan ramai pemerhati dari pelancong luar dan dalam negeri  memenuhi kawasan Penanjakan ini






 Kelihatan Mt Semeru dibelakang dan Mt Bromo di hadapan mengeluarkan asap yg menandakan mereka masih aktif......dan berpotensi untuk meledak.



Kelihatan Kawasan Cemoro Lawang di tebing sebelah kiri, terletak di bhg tepi kawah gunung berapi asal, selepas itu baru tumbuh gunung berapi yang baru Mt Bromo dalam letusan fasa  kedua.


Zoom..........kawasan hotel Cemoro Lawang di pinggir kawah asal gunung berapi.









Bila hari semakin cerah............pemandangan semakin jelas dan mempersonakan.......MasyaAllah.....sebaik-baik pencipta



Semua gambar Selfie.........maklumlah pengembaraan secara solo




Pintu masuk ke view point.........Penanjakan.   Dah cerah baru boleh rakam foto.



Ini lah musolla untuk pelancong  menunaikan solat subuh


Jalan turun dari Penanjakan




Dipenuhi gerai makan dan cenderahati


Jagung bakar.............antara menu utama di sini


Sempat juga membeli beberapa keping FM  Mt Bromo, sekeping IDR 40k




Deretan jeep yang terlibat dalam pakej membawa pelancong


  
Bersama pemandu Tengger............tumpang hilangkan kesejukan


Inilah jeep bagi pakej gua, kongsi sama dengan 4 orang lagi pelancong tempatan Indonesia.



Ini dia Pak Supir suku Tengger yang sangat mahir memecut jeep..........



Dari Penanjakan........jeep terus di pandu turun ke kawasan Savanna iaitu kawasan berpasir hitam  hasil letusan gunung berapi diwaktu silam




Jeep menurunkan penumpang di kawasan ini.........Di belakang kelihatan Mt Batok




Untuk ke kawah Mt Bromo pelancong perlu berjalan melalui denai pasir ini sejauh lebih kurang  2km


Berjalan dan mendaki lautan pasir hitam



Redahan kaki kuda menyebabkan debu pasir berterbangan..........penutup muka sangat perlu utk keselamatan pernafasan.



Bagi yang tak kuat  berjalan boleh lah menggunakan khidmat tunggangan kuda dengan sedikit bayaran


Letih berjalan terasa hilang bila menatap keindahan alam disini



Berjalan...........sambil digoda oleh pemilik kuda agar menggunakan khidmat mereka



Sebahagian pelancong yang keletihan.........menggunakan perkhidmatan mereka


Pendakian  yang mencabar......





Perkhidmatan kuda tamat disini...........tiada perkhidmatan mendaki anak tangga ke kawah Mt Bromo. Disini lutut perlu kuat dan rentak nafas perlu betul......barulah boleh sampai ke bahagian kawah.




Kawah Bromo........bunyinya  mengelegak......amat mengerikan......
.terbayang neraka.....




Berada di puncak kawah Bromo dan melihat kebawah............
seperti berada di atas awan........



Subhanallah.........amat cantik




Di sisi Mt Bromo terdapat Mt Batok yang sudah tidak aktif



Pengunjung berada disepanjang tepi kawah Mt Bromo




Berada melepasi awan........


Di puncak Mt Bromo




Tangga pendakian yang agak curam



Sawaddee  kha.......Bersama kenalan dari Thailand.......lupa pula nama !





Dari puncak Bromo.......nampak hotel di Cemoro Lawang yang terletak di tepi kawah lama







Nama dia Lia dari Kalimantan........pakej Mt Bromo yang sama berkongsi jeep 



Yang ini Nelly juga dari Kalimantan..........pakej Mt Bromo yang sama.



Dapat juga teman untuk berbual disepanjang tour di Mt Bromo


Aiiiiiikk..........macam dah kenal lama


Betoi laaa....   tuuuuu...........


Terdapat pura hindu ditengah lautan pasir hitam
 

Dah turun dari tangga.......perjalanan balik



Sekali lagi di goda oleh Pemuda Tengger agar menggunakan perkhidmatan kuda.......Alhamdulillah masih kuat dan berstamina



Menuruni cerun berpasir


Alur aliran larva semasa letusan Mt Bromo pada zaman dahulu



Ini juga salah satu alur aliran larva



Akhirnya berjaya sampai ke jeep  yang sedia menanti untuk membawa pulang setelah pakej selesai



Jeep menghantar pulang sehingga depan homestay..............lepak.........Letih tersandar



Pukul  11.00 pagi check out......naik Bison turun ke Probolinggo


 
Pemandangan indah dalam perjalanan pulang













Akhirnya sampai di Probolinggo pada pukul  12.05.....Alhamdulillah



Terus ambil bas ke Surabaya,,,,,ada pengamen lagi dalam bas !!!



Dah sampai ke Kota Surabaya



Jalanraya dalam kota





Bangunan tinggalan kolonial Belanda masih terdapat di Surabaya