ASSALAMUALAIKUM

click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Monday 8 June 2015

LOMBOK : Gili Trawangan




Arah perjalanan menaiki sepeda motor dari Senggigi ke Terminal feri Bangsal. Menaiki bot ke Gili Trawangan.


Selepas makan sarapan yg disediakan oleh pihak hotel, siap sedikit barang keperluan untuk ke Gili Trawangan. Malangnya skuter tak nak hidup, minta pekerja hotel bantu. Selepas tukar bateri barulah boleh start.

Dari hotel menaiki sepeda motor ni ke pelabuhan Bangsal, jaraknya dalam 30km.

Perjalanannya mengikut jalan tepi laut yg berliku liku ada kala mendaki dan menurun bukit. Seronok melayan selekoh dan dihiasi pemandangan laut waktu pagi yang sangat cantik.

Bila hampir ke pelabuhan Bangsal Gili Trawangan sudah mulai kelihatan di tengah laut.

Sampai saja ke pelabuhan Bangsal terus parking motor dan ke kaunter tiket. Bangunan diatas ialah pejabat yang menempatkan kaunter tiket.

Harga tiket berbeza bagi ketiga tiga gili atau pulau. Kos ke Gili Trawangan 15k kerana kedudukannya paling jauh.

Kawasan tepi pantai ini menjadi tempat naik dan turun penumpang untuk ke ketiga tiga gili.


Penumpang dan barangan mereka di letakan di bawah teduhan pokok di kawasan tepi laut itu.

Sebahagian penumpang sedang menunggu bot

Bot dah sampai dan penumpang mulai masuk

Barangan ini di bawa oleh penumpang lokal yg berniaga di Gili Trawangan.




Pelancong lokal

Para peniaga dengan barangan mereka

Kelihatan Gili Air dan Gili Meno


Gili Trawang sudah kelihatan, ia merupakan gili yang paling besar diantara ketiga gili.

Image result for map gili trawangan
Gili Trawangan terletak di kanan sekali, gili terbesar 

Bot merapat ke pantai Gili Trawangan

Para penumpang perlu turun ke dalam air baru berjalan ke pantai. Jadi jangan pakai sepatu atau kasut sukan bila kesini.







Papan tanda yang mengalukan kedatangan pelancong kesini

Suasana di pinggir pantai

Semua kenderaan berinjin tidak di benarkan penggunaannya di pulau ini. Perlu guna basikal atau kereta kuda yg di panggil Cidomo.

Sewa basikal lah jawabnya untuk kembara keliling pulau.
 Sewanya 25k/jam, lebih kurang RM 7.sejam.


Jika tak larat kayuh boleh naik cidomo iaitu kenderaan tradisional Suku Sasak di Lombok.

Kereta kuda ini iaitu Ci-do-mo, perkataan ini berasal dari gabungan perkataan Cikar(bermakna body kayu) , Dokar(bermakna di tarik kuda) dan Motor (bermakna roda kereta)

Selain membawa penumpang ia juga diguna utk mengangkut bahan binaan.

Pelbagai jenis basikal termasuk basikal untuk kanak kanak juga boleh di sewa di sini.

Seronok juga naik basikal sekali sekala...teringat zaman sekolah.....berkayuh setiap hari.

Image result for map gili trawangan
Kayuhan dimulakan dari jeti (bertanda merah) mengarah ke selatan melalui jalan konkrit yg mengelilingi pulau di sepanjang pesisir pantai. Viewnya.....cukup menarik berserta bunyi deruan ombak.

Melalui kawasan tunggangan kuda

Melalui kawasan kampung dengan jalan berpasir



Melalui gerai makan yg menawarkan trip memancing dan snorkeling.

Berselisih dengan pelancong asing yg menjalankan aktiviti kayuhan keliling pulau.






Melalui resort dan hotel berbintang yg terletak di bahagian pantai barat Gili Trawangan.









Kreatif menggunakan bahan kitar semula sebagai hiasan restoren.

Ada kursus scuba ditawarkan oleh pemilik hotel utk memperolehi lesen dari PADI

Balik semula ke pantai sebelah timur yg dipenuhi pub dan hotel.

Mesjid Gili Trawangan dalam proses pembinaan.


Akhirnya sampai kembali ke starting point tadi iaitu kedai sewa basikal.


Penat berkayuh dan perut dah lapar.......pekena nasi goreng dulu. Lepas tu terus ke kaunter tiket bot.


Ini kaunter tiket.......para penumpang sedang lepak menunggu bot.


Bot ke pelabuhan Bangsal telah sampai untuk dinaiki.

Dah pun sampai di pelabuhan Bangsal, baru pukul 11.30 pagi. Masa keseluruhan berada di Gili Trawangan hanya lebih kurang 3 jam sahaja, dah mencukupi utk sekadar meninjau keadaan dan aktiviti pelancongan di sana.

Terus ke lokasi parkir motor Yudis di sebelah pelabuhan

Terus ambil motor dan balik semula ke hotel di Senggigi





No comments:

Post a Comment