ASSALAMUALAIKUM

click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Monday 27 July 2015

YOGYAKARTA : Pantai Parangtritis




Perjalanan dari Malioboro ke Pantai Parangtritis melalui
tempat tinggal Wal Yem di Kg Bango

Awal pagi di Yogya, hari kedua ronda dengan sepeda motor bercadang nak ke Pantai Parangtritis. Sebelum tu tinjau dulu kawasan sekitar  mencari gerai untuk sarapan pagi

Ketemu dengan nasi gudeg, nasi biasa cuma di tambah masakan buah nangka bercampur rempah. Asalnya makanan keraton tapi kini boleh diperolehi di mana mana.

Dalam perjalanan ke pantai melalui kawasan perkampongan Jawa tengah ini. Melalui sekolah dasar kg Bango.

Dulu Wal Yem belajar di sini.



Jalan masuk ke kampong Wal Yem di Bango


Bahagian hadapan rumah Wal Yem

Jiran yang baik hati, membawa terus ke rumah Wal Yem. Hingga terlupa nak pakai alas kaki.

Bergambar kenangan dengan ibu kpd Wal Yem

Jiran sekitar turut sama meraikan tetamu, sesetengahnya hanya dapat bertutur dalam loghat Jawa sahaja....masaalah !



Pasar pagi di pekan Tegalsari

Dalam perjalanan melalui Pekan Tegalsari Daerah Kretek.

Pemandangan biasa di kawasan luarbandar di Indon.

Pintu gerbang rumah tol di Parangtritis, semua pelancong perlu membayar untuk masuk ke sini.

Hotel dan rumah penginapan yg terdapat disini




Pasir pantai nya berwarna hitam kerana terhasil dari debu pasir muntahan gunung berapi.

Tidak ramai pengunjung pada hari biasa



Pantainya berpasir volkanik hitam menghadap laut selatan (Lautan Hindi)

Ombaknya memang ganas

Semua pengunjung di larang mandi untuk keselamatan

Berhenti sekejap melihat peniaga gerai main catur, masih di tahap estate player nampaknya....

Kebetulan bertemu dengan rumah kenduri di pantai ini, apa yang menariknya selain dari kostum Jawa yg mereka pakai ialah pokok pisang dan buah buahan di belakang mereka pada pintu masuk. Pengaruh Hindu masih subur disini, mungkin untuk melambangkan kesuburan.

Kesimpulannya tak dak apa yg menarik, kalau datang nak try naik Bendi Kuda di pesisir pantai ok la.

Dalam perjalanan balik terjumpa pasar seni ini tapi nampak sepi sahaja.

Alhamdulillah ,Dah selamat sampai balik ke Malioboro


Saturday 25 July 2015

YOGYAKARTA : Melawat Prambanan





Munajat backpacker tiada kemudahan menyewa sepeda motor, jadi minta ia tolong carikan utk di sewa. Alhamdulillah dapat.......pihak penyewa membawa motor ke penginapan. Kadar sewanya 80k sehari (RM 20).




Bila dah ada sepeda motor......kaki terus jadi panjang. Petang tu juga terus melawat Candi Prambanan. Terletak 
18 km ke timor  Malioboro.


Tiket masuk Rp 30k.


Candi Prambanan atau candi loro jonggrang merupakan candi hindu terbesar di Indonesia yang di bina pada 
abad ke 9 masehi










Gempa bumi yang berlaku pada tahun 2006 telah memusnahkan sebahagian besar struktur candi ini



Kerja rehabilitasi giat dijalankan bagi memulihkan semuala struktur candi setelah berlaku gempa bumi pada Mei 2006


Pada 27 Mei 2006 gempa bumi dengan kekuatan 6.2 skala Ritcher telah melanda daerah Bantul dan Prambanan. Kerusakan besar pada bangunan dan kematian penduduk. Candi Prambanan telah mengalami kerosakan yang teruk.

Sekadar melihat sejarah perkembangan agama hindu di Jawa Tengah pada masa lampau sebelum ketibaan Wali Songo yang mengembangkan Agama Islam
 di Kepulauan Jawa.



Replika kapal hindu pada era kerajaan Mataram

Friday 24 July 2015

BALI : Perjalanan Darat Dari Denpasar Ke Yogyakarta


Dari Pulau Bali bertolak ke Yogyakarta melalui jalan darat sejauh 700km. menggunakan bas ekspress Pahala Kencana








Keadaan di terminal Ubung Denpasar.Bali.



Tiket bas Denpasar ke Yogyakarta
 kosnya 295k IDR (RM 84) termasuk bayaran makan malam di dalam perjalanan.



Kaunter tiket di terminal Ubung, terdapat ramai calo 
(ulat tiket) yg menawarkan perkhidmatan. Jangan sesekali layan mrk. Dapatkan tiket awal sehari atau dua di pejabat /ejen bas Pahala Kencana di Kuta.


Inilah bilik mengambil wuduk di terminal ini. 
Air paip tak ada ? utk berjimat air tarik penyumbat tin, air akan keluar untuk berwuduk. Good idea......



Bas Pahala Kencana laluan Denpasar ke Yogyakarta


Naik awal kedalam bas, utk dapatkan hawa dingin kerana dalam terminal keadaannya panas


Keadaan dalam basnya selesa, perbagai kemudahan di sediakan dan jarak antara kerusi juga agak jauh.


Terdapat kemudahan kamar kecil di bahagian belakang utk kes kecemasan, teringat bas di sini dulu pun begini sebelum ada lebuhraya dan R&R.


Pukul 200 ptg bas bertolak, gerai sate kambing yang terletak dihadapan terminal Ubung Denpasar.


Pukul 600 ptg bas sampai di pelabuhan Gilimanuk Bali 

Kelihatan Pulau Jawa diseberang sebelah sana.



Feri yang beroperasi antara Pelabuhan Gilimanuk, Bali  dan Pelabuhan Ketapang Banyuwangi, Jawa Timur


Kenderaan menanti giliran untuk masuk ke feri.


Setelah bas memasuki ke dalam feri, semua penumpang turun dan naik ketingkat atas. Suasana dalam feri meriah, ada sudut menjual CD.



Satu sudut lagi menjual cenderahati


Di bahagian belakang ada kedai kopi.

Ambil peluang untuk mengisi perut.........indomie dan nescafe

Perjalanan feri mengambil masa satu jam setengah untuk melintas selat Bali ini.

Pukul 700 pagi, bas dah sampai di kota Solo.



Mesjid besar di Kota Solo (Surakarta)



Selepas Solo, bas dah sampai di kawasan Yogyakarta

Pukul 1000 pagi, tepat sampai diterminal bas Yogyakarta


Dari terminal ini, supir bas tadi nasihatkan ambil bas Transjogja utk ke Jalan Malioboro, satu nasihat yg baik kerana kosnya amat rendah berbanding menaiki taksi.

Stailnya macam naik LRT, tapi naik bas pendek sahaja. dan perlu transit beberapa kali.

Setelah dua kali transit barulah sampai tempat yg di tujui iaitu Jalan Malioboro.

Ia antara jalan yang tersibuk di Yogyakarta ini dan menjadi tumpuan sebagai pusat membeli belah bagi warga tempatan dan pelancong.


The Munajat Backpackers menjadi pilihan kerana ianya bersebelahan mesjid dan murah 125k (RM36/malam)




Bahagian kaunter losmen. Terus check in......terlalu letih naik bas selama 20 jam..........!!!