Perjalanan dari Banjarmasin ke Kota Balikpapan boleh melalui jalan darat menggunakan bas berjarak dalam 480km. Keadaan jalan yang kecil dan memenatkan kami memilih jalan udara. Terdapat dalam tujuh penerbangan harian. Kami memilih pesawat Garuda untuk kesana
Bandara Syamsuddin Noor di Banjarmasin, walaupun kecil tetapi lalulintas udaranya sangat sibuk. Penduduk tempatan lebih gemar menggunakan perkhidmatan pengangkutan udara kerana sistem jalan daratnya yang sukar.
Kaunter taksi Banjar, etnik dominan disini
Perkhidmatan pesawat domestik mendapat sambutan utama
Gelagat penunpang tempatan menunggu pesawat
Kiosk yang terdapat dalam bandara
Waktu keberangkatan pada pukul 10.55 pagi. Waktu disini sama dengan di Malaysia
Disini tiada aerobridge, penumpang semuanya menggunakan bas untuk ke pesawat
Meninggalkan Bandara Banjarmasin menuju Balikpapan
Selepas sejam perjalanan Kota Balikpapan yang terletak di pinggir laut mula kelihatan
Selamat mendarat di Bandara Balikpapan. Bandaranya cukup moden mengatasi sesetengah airport di Malaysia
Serba moden dan lengkap dengan perbagai kemudahan
No comments:
Post a Comment