ASSALAMUALAIKUM

click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Wednesday, 5 July 2017

MELAWAT TURKI : KOTA ISTANBUL




 Kami sekeluarga bertolak dari KLIA dengan pesawat Turkish Airlines pada malam 15 Mac 2017. Perjalanan memakan masa selama 10 jam 45 minit. Alhamdulillah kami selamat sampai di Lapangan terbang Atarturk di Istanbul pada subuh 16 Mac.





        Di sebelah pagi kami berkesempatan melawat tempat bersejarah dikota ini. Berdasarkan sejarah pada asalnya kota ini diperintah oleh Kaisar Byzantium, Constantine XI, pengganut agama  kristian orthodoks.
       Sultan Muhammad II ( SultanAhmet II)  pemerintah Turki memulakan serangan keatas kota ini pada 6 April 1453 setelah berunding dan kaisar Rom yang enggan berundur. Ketika itu usia beliau baru 21 tahun. Beliau tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat rawatib dan solat tahajjud sejak baligh. Beliau memerintah Turki selama 30 tahun dan menguasai 7 bahasa dengan fasih.
     Sesuai dengan hadis Rasulullah SAW : " Sungguh, Konstantinopel akan ditakluk oleh kalian.Maka sebaik baik pemimpin adalah pemimpinnya dan sebaik baik pasukan adalah pasukan yang menaklukannya" (HR Ahmad)

                Pada 29 Mei 1453, kota ini berjaya di takluk oleh Sultan Muhammad II. Kejayaan besar bagi kerajaan Othmanniah.



samarkand2

Garis biru sepanjang 1.5km menunjukkan laluan sebanyak 72 kapal yang ditarik atas daratan menuju ke teluk Golden Horn melalui bukit Galata, atas perintah Sultan Muhammad II bagi menyerang kota Constantinople setelah laluan utama di  laut ditutup dengan menggunakan rantai



https://bukitbarisan.files.wordpress.com/2009/12/630273825_348d60571e.jpg?w=400

Kedudukan rantai yang di rentang bagi menyekat laluan kapal untuk masuk ke teluk Golden Horn untuk bagi melalkukan serangan ke atas kota Constantinople.




Kedudukan Kota Istanbul pada masa kini di tepi Selat Bosphorus.


Kedudukan selat Bosphorus dari kota lama Istanbul di bahagian Eropah, manakala daratan di seberang sana ialah Benua Asia


Kota Lama Istanbul di tepi Selat Bosphorus

Papan tanda arah ke Muzium Topkapi dan Ayasofya



Perjalanan kami ke dalam kota melewati Mesjid Biru 
(Mesjid Sultan Ahmet II)


Pandangan Mesjid Biru dari arah belakang

Kawasan perkarangan istana Sultan Ahmet



Pintu masuk pertama ke perkarangan istana





Kelihatan pengawal diraja segak berdiri di pintu masu




Bergambar bersama pengawal


Kawasan perkarangan istana selepas melepasi pintu masuk pertama



Dalam kawasan kota istana, kelihatan Benua Asia di seberang sana


Pada ketika ini Turki berada di awal musim bunga dan suhu sekitar 10 ke 15 darjah Celcius



Pemandangan bahagian dalam perkarangan istana



Muzium Topkapi terletak disini dan mempamerkan banyak barangan tinggalan Rasulullah SAW


Pintu masuk utama ke muzium



Laluan yang terdapat dalam kawasan istana Topkapi



Bahagian timur perkarangan istana menghadap ke
 selat Bosphorus


Selat Bosphorus menjadi laluan utama yang menghubungkan Lautan Mediteranean dan Laut Hitam


Alhamdulillah, kami tiga beranak di beri rezeki oleh Allah untuk sampai ke bumi Turki


Terdapat dua jambatan dan satu  terowong yang menghubungi Turki bahagian Eropah dengan bahagian Asia.
Dibelakang sana kelihatan salah satu dari jambatan tersebut.



Bahagian anjung kawasan istana berhadapan
 selat Bosphorus



Kawasan larangan orang awam di zaman dulu, kerana di sini menjadi kawasan kediaman keluarga diraja.





Kawasan pejabat pentadbiran kerajaan ketika dahulu, hanya orang tertentu sahaja yang di benarkan masuk ke kawasan ini pada zaman dahulu


Bilik mesyuarat antara raja dan  pembesar kerajaan Ottmaniah



Laluan keluar dari istana Topkapi ke pintu kota.




1 comment:

  1. Salam encik..salam perkenalan dari saya azwa. Juga traveller kecil-kecilan. Boleh singgah di blog saya jika kelapangan. Boleh saya minta emel encik untuk bertanyakan mengenai perjalanan ke surabaya & mt bromo? terima kasih

    ReplyDelete