ASSALAMUALAIKUM

click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Saturday 11 April 2015

MELAWAT KOH LANTA



Hari ketiga di Krabi, sebelum meninggalkan Ao Nang sebelah pagi sempat berkunjung ke gerai pakaian membeli cenderahati untuk di bawa pulang.



Harganya tidaklah semurah mana kerana berbanding dengan tukaran mata wang RM dgn Bath Thailand yg teruk sekali ketika ini......pukulan dari 1MDB.




Suasana tenang pantai Ao Nang di waktu pagi





Deretan long tail boat yang popular di kalangan pelancong





Kemudian kami meninggalkan pantai Ao Nang dan menuju ke Ko Lanta iaitu sebuah pulau di daerah Krabi ini. Ia dihubungkan dengan tanah besar melalui perkhidmatan feri. Pulau ini sangat terkenal kpd pelancong dari luar negara.


Terletak kira kira 70 km ke selatan Pekan Krabi. Memandu dengan menggunakan lebuhraya no.4. Pulau terbahagi kpd 2 pulau utama iaitu Pulau Lanta Besar (Ko Lanta Yai) dan kecil (Ko Lanta Noi). Di huni kira-kira 31 ribu orang penduduk yang majoritinya beragama Islam.


Untuk ke Ko Lanta perlu menaiki feri sebanyak dua kali.



Kali pertama menyeberangi ke Koh Lanta Soi dari tanah besar, iaitu dari Khaung Mak ke Hua Hin.


 Ini rupa tiket dan kos tambangnya utk kereta dan penumpang.







Perjalanan feri merentas selat





Feri ini hebat...mampu membawa muatan yang besar.



Bagi penumpang berjalan kaki, mereka berehat disini sementara menunggu sampai ke destinasi.



Pemandangan bhg bawah feri dari tempat penumpang



Dari Koh Lanta Soi kena naik feri sekali lagi untuk ke Koh Lanta Yai, sekali lagi kena bayar tambang feri. Iaitu dari jeti Langsod ke Saladan.





Ini rupa tiket dan kosnya. Lebih murah dari tambang feri pertama kerana jaraknya lebih dekat.



Projek jambatan sedang dalam pembinaan bagi merentas selat ini di masa hadapan.




Selamat sampai di Koh Lanta Yai, majoriti penduduknya tinggal disini, semua hotel dan pantai utama terletak disini



Dari jeti Saladan terus membuat pemanduan ke pantai timur pulau menuju arah ke selatan. Akhirnya sampai di Old Town. Iaitu bandar terawal di pulau ini, kawasan ini mula sekali diterokai sebelum ada jalan raya ke tanah besar.



Majoriti penduduk bandar ini terdiri dari masyarakat Cina.



Dari Old Town kami terus ke bahagian pantai barat melalui kawasan berbukit-bukit di bahagian tengah pulau. Disini banyak perkampungan Islam dan di pinggir pantai di penuhi dengan hotel. Terus singgah di Masjid Jannatul Hasanah.


Selepas makan tengahari kami menghala ke utara pulau dan sampai di bandar utamanya Sala Dan.


Bandarnya dipenuhi pelancong barat dan dipenuhi dengan semua kemudahan aktiviti scuba, diving dan lainnya.



Bandar Sala Dan dilihat dari arah laut


Sekali buat pusingan dalam bandar dan buat u turn untuk balik, terus ke jeti Saladan yang terletak besebelahan bandar.




Sekali lagi kena bayar tambang feri 




Selepas menyeberangi feri kedua, kami sampai di tanah besar semula. Terus menuju ke Trang seterusnya ke Phatallung, Hat Yai, Sadao dan Danok.
 Makan malam di Danok, nasi daging bakarnya memang best....mesti kena cuba jika sampai di pekan Danok. Dari sini terus ke imigresen Thai dan Malaysia. 
Selamat sampai dalam pukul 10 malam di Alor Setar. Alhamdulillah.




4 comments: