ASSALAMUALAIKUM

click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Saturday 26 September 2015

PERJALANAN DARI PATTANI KE KOTA BHARU

Perjalanan Pattani - Kota Bharu


Jarak antara Bandar Pattani dan Kota Bharu sejauh 167 km melalui Bandar Tak Bai di Thailand. Menyeberangi Sg Golok dengan feri ke Pengkalan Kubor  untuk masuk ke Malaysia.


Perjalanan yang selesa kerana trafik tidak sesak

Menggunakan lebuhraya dua lorong, paling istimewa tidak di kenakan tol. Semua lebuhraya di Thailand percuma kecuali di Bandaraya Bangkok. Mungkin kerana kerajaan mereka lebih kaya dan lebih sayang kepada rakyat.

Sekatan jalan raya dan kehadiran kenderaan tentera di sepanjang jalan menjadi fenomena biasa di Wilayah Selatan Thailand yang sering bergolak.

APV tentera yang kalis peluru dalam keadaan siap sedia di sekatan lebuhraya Pattani ke Narathiwat




Dah sampai di Narathiwat, separuh jalan baru.......




Persimpangan ke Sg Golok, boleh terus ke Bandar Rantau Panjang iaitu pintu masuk bagi kenderaan berat ke Malaysia.


Pintu masuk ke pemeriksaan kastam Thai di Tak Bai. Borang kastam kenderaan perlu di serahkan disini sebelum masuk ke Malaysia. Kegagalan akan menyebabkan kenderaan akan di tahan bila memasuki Thai pada masa hadapan.

Sungguh teruja dengan ayat "Sila datang jelajah Thailand lagi". Mereka memang suka kita kesana, polisnya tak pernah tahan kenderaan luar dan rakyat nya amat sopan pada pelancong . Tak ada mat rempit dan penjaga parking haram .

Tiket feri TakBai untuk kenderaan lebih kurang RM 6.

Tiket penumpang lebih kurang RM1.20

Diseberang sana kelihatan Pengkalan Kubor di sebelah Malaysia

Muatan di atas feri

Pengkalan feri di sebelah Tak Bai. Di belakang kelihatan bangunan pejabat Imigresen Thai

Feri sedang menyeberangi Sg Golok, saiz feri sama dengan yg digunakan menyeberangi selat di Songkhla


Suasana Bandar Tak Bai dari feri


Papan tanda selamat datang ke Malaysia di pengkalan feri Bandar Pengkalan Kubor



Selamat sampai di jeti Pengkalan Kubor


Alhamdulillah selamat kembali ke Malaysia.........dalam perjalanan dari Tumpat menuju ke Kota Bharu











1 comment:

  1. Rasanya highway di sana tidak seperti di Malaysia. Masih melalui jalan2 kampung, ada traffic light dan tiada persimpangan bertingkat... macam lebuhraya AMJ tu lah... Alor Gajah - Melaka - Jasin... memang tak ada tol...

    ReplyDelete