ASSALAMUALAIKUM

click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Thursday 17 September 2015

JALAN JALAN MESJID GRESIK ( Masjid Sultan Muzaffar Syah )




Papan tanda gerbang masuk ke Pattani dengan gambar di tengah menunjukkan Mesjid Gresik




Masjid bersejarah ini terletak di Jalan Moo 2 Baan, Kru Se, Muang Tanjong Lulo.Wilayah Pattani. 
Jaraknya sekitar 7 km dari ibu kota Pattani

Masjid ini juga di kenali sebagai Masjid Sultan Mudzaffar Syah. Dibina pada tahun 877 Hijrah. Kini berusia 559 tahun.


Pemerintah Thai menyebut mesjid ini Masjid Kru Se atau Krue Sae atau Kerisek.Manakala penduduk tempatan menyebutnya Masjid Gresik, kerana mengikut sejarah dahulu ramai pendatang dari Indonesia datang mendiami disini terutama dari Gresik, berdekatan Surabaya. Menurut penduduk tempatan memberi tahu,binaannya tidak lengkap kerana setiap kali pembinaan baru dilakukan berlaku berbagai tragedi yang menghalang. Akhirnya dibiarkan sebegini seadanya.

Masjid Gresik dahulu menjadi Ibu Kota Kesultanan Pattani Darussalam. Menurut sejarah Pattani dahulu merupakan sebuah negara dan bukannya daerah. Sejak dibina masjid ini telah lapan kali dibakar oleh tentera Siam semasa menyerang negara ini.

Paling muttakhir pada 28 April 2004 berlaku tragedi hitam dimana tentera Thai bersenjata berat telah mengepung pejuang pembebasan Pattani yang berkubu disini. PM pada masa itu Thaksin telah mengarahkan serangan menyebabkan seramai 128 pejuang syahid di halaman masjid manakala 32 pejuang lagi telah syahid di dalam mesjid. Pertempuran telah berlansung selama 7 jam. Dunia telah mengecam serangan itu dan pihak berkuasa Thai memaklumkan hanya 38 orang sahaja yang terkorban.

Pasar sehari disekitar mesjid pada hari Isnin

Gula gerek sangat popular untuk membuat kueh buah melaka dalam bulan puasa.

Majoriti peniaga terdiri dari kaum Hawa, situasi yang sama dengan di Kelantan kerana asal keturunan mereka sama






Disebelah masjid terdapat Pusat Pembelajaran Pelancongan Tamaddun Pattani

No comments:

Post a Comment