ASSALAMUALAIKUM

click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Saturday 6 June 2015

LOMBOK : Perjalanan ke Musolla Nurul Ikhsan di Sekarteja



Hari kedua di Lombok, selepas sarapan keluar ke hujung lorong hotel yg bertentangan dgn sekolah dasar. Sempat merakam aktiviti pagi pelajar menyanyikan lagu patriotik.
Waktu harian nusa tenggara bagi Lombok dan Bali sama dengan waktu kita di Malaysia.






Di Mataram masih terdapat ramai yg beragama hindu, lanskap rumah mrk berasaskan pura yg menyerupai di Bali



Suasana jalan raya di Mataram, masih terdapat kereta kuda di merata tempat.



Tekanan hidup seharian masyarakatnya masih dirasakan



Nak try rasa nasi tempong ni, malangnya gerai belum mula beroperasi. Mungkin masih awal kot. 


Berjalan kaki menyusuri jalan mencari kedai sewa sepeda motor.....malangnya tak jumpa.


Kemudian bertanya kpd saudara yg memakai t-shirt putih tu arah kedai sewa motor. Kebetulan dijadikan rezeki beliau memang bekerja sebagai ojek utk pelancong. Dia menawarkan diri utk membawa ke destinasi di Sekarteja.

Setelah nego harga dia bersetuju dgn bayaran 300k.utk perjalanan pergi balik.








Dalam perjalanan ke Sekarteja yg terletak di Lombok Timor, hampir setiap km kita akan bertemu dengan masjid.Kerana itulah Lombok mendapat jolokan pulau seribu masjid.

Kawasan penanaman padi di pinggir jalan menuju ke Lombok Timor.


Suasana pekan kecil di Lombok Tengah.





Gunung Rinjani



Bas menuju ke Pulau Sumbawa yg terletak di timur Lombok


Bas akan menaiki feri dari Pulau Lombok ke Pelabuhan Poto Tano di Pulau Sumbawa.



Pasar di Pekan Masbagik, Lombok Timor


Perkhidmatan kereta kuda masih digunakan utk mengangkut barang dan penumpang di kawasan pasar Masbagik ini.

Dah sampai di kawasan Sekarteja.


Tukang ojek ini penduduk lokal di sini dan dapat berbahasa Suku Sasak dengan baik, jadi tak ada masaalah utk bertanyakan arah pesanteren yg di cari.


Akhirnya ketemu lorong atau gang yg menuju ke Musolla pesanteren tersebut.

Inilah sepeda motor Suzuki yg di gunakan oleh ojek, Nombor plet di Lombok bermula dgn DR

Kedatangan kami di sambut oleh adik kpd Tn Guru Hj Ahmad

Kami disajikan dengan kuih lopeh, beza dgn lopeh di Malaysia ialah mereka menggunakan serbuk gula merah. Manakala di Malaysia menggunakan air gula merah. Rasa tetap sama.


Adik kpd ustaz Abdullah sibuk melayan kami. Beliau bertugas sebagai Pak Guru di Sekolah Dasar di Lombok.


Pesanteren dan Musolla Nurul Ikhsan ini masih belum siap sepenuhnya. Pesanteren ini di bina dari hasil derma penduduk Malaysia yg mengikuti kuliah dhuha mingguan    Us Ahmad Abdullah di Masjid Siti Fatimah Paya Kamunting, Jitra. Kedah.

Bahagian bawah yg akan di jadikah bilik kuliah dan musolla.




Allahyarham ialah guru kpd Tn Guru Hj Ahmad Abdullah semasa belajar di Lombok




Struktur bilik di tingkat atas yg akan di jadikan penempatan peserta dari Malaysia yg akan datang pd hari raya idul azha utk melaksanakan ibadat korban setiap tahun di sini. 






Bergambar kenangan sebelum berangkat pulang ke Mataram


Dalam perjalanan pulang, melalui bhg hadapan SM Kejuruan (Vokasional) Selong.Lombok Timor.



View di sepanjang perjalanan pulang melalui jalanraya utama merentas Lombok dari  Masbagik ke Kota Mataram







View puncak Gunung Rinjani dari kawasan Lombok Tengah








Sangkar bagi menempatkan ayam telur di perbuat dari buluh, kos lebih murah dari dawai BRC


Alhamdulillah, selamat sampai semula ke Kota Mataram.

No comments:

Post a Comment