ASSALAMUALAIKUM

click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Friday 12 June 2015

BALI : Melawat Berdugul




Bangun pagi di Bali, dari bilik losmen kelihatan rumah empunya losmen di tingkat bawah.Landskapnya bercirikan Bali.

Pergi sarapan pagi di warung Jawa Timur di Jalan Mataram

Lepas sarapan balik bilik dan kemas barang berpindah ke Losmen Arthawan. Semasa buat homework ke Bali memang bercadang nak tinggal disini, tetapi semalam cari tak jumpa,mungkin kerana gelap malam dan keletihan.



Sewa disini memang berbaloi, bilik di lengkapi kipas termasuk sarapan cuma 70k sehari (RM20)

Sewa motor disediakan dengan kadar 50k sehari (RM14). Tanpa membuang masa terus check in dan sewa motor untuk ke Berdugul.




Berdugul terletak hampir 60km dari Kuta. Perjalanan mengambil masa hampir kerana jalan yg sempit serta sibuk melalui kawasan penempatan penduduk 
yg di penuhi dengan pura.

Dalam perjalanan ketemu pasar tradisional Baturiti


Perlu berhati hati makanan halal tak ada disini, perlu bawa bekal dalam motor.

Pintu masuk ke Pura Ulan Danu di Berdugul

Kena beli tiket dulu, cakap pelat Indon sikit dapat harga WNI (Warga Negara Indon)

Terletak pada ketinggian 1200m dari paras laut beriklim tropika sejuk
Mereka sedang menyiapkan bahan utk upacara esok hari



Kedudukan pura dalam tasik yg sering melambangkan identiti Pulau Bali dalam brosur pelancongan.





Bila menjengah ke dalam pura, terdapat penduduk lokal yg beragama Hindu purba sedang mengadakan istiadat pooja bersempena hari besi .Semua benda yg diperbuat dari besi di puja pada hari ini.



Kelihatan Tasik Bratan yg luas di belakang sana merupakan tasik yg terhasil dari takungan air pada kaldera gunung berapi.



Pura ini dibina pada tahun 1663 diatas tasik Bratan



Rumah makan non halal yg terdapat dlm kawasan 
Pura Ulun Danu beratan

Gerai cenderahati

Diseberang jalan  bertentangan dgn pura terdapat 
Mesjid Berdugul yg tersergam indah di atas bukit.

Berdekatan nya ada gerai bakso halal, perut dah lapar. Makan bakso Berdugul laa....


Bakso Berdugul 

Kakak penjual bakso, bila di tentang halal katanya usah khuathir kami Islam fanatik.(Real Muslim)



 Gerai gerai yang terdapat di sepanjang jalan Berdugul


 Suhu di sini nyaman pada aras ketinggian 1200m dpl.


 Ladang pertanian


 Terdapat ladang strawberry di kawasan Berdugul





 Pelancong boleh membeli strawberry Bali disini





 Semasa menuruni tanah tinggi Berdugul, di Km 37.5 bertemu dengan pusat oleh oleh Bali Teman Joger.



 Ramai pelancong lokal dari pulau Jawa yg datang dengan bas persiaran mengunjungi tempat ini.


 Selipar raksaksa menjadi tarikan pengunjung


 Barangan nya siap bertanda harga, jadi tak terkenalah jika shopping di sini




 Membeli sedikit oleh oleh Bali di sini antaranya FM dan dodol Bali. Apa yg menarik cashier disini di sebut kasir, punah bahasa jadinya kerana selepas di alih bahasa kedua dua iaitu ejaan dan sebutan terus dapat F9.





1 comment:

  1. Senang bergerak kalau pergi solo ni... naik motor je...pastu boleh redah sesuka hati...

    ReplyDelete