ASSALAMUALAIKUM

click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Tuesday, 4 August 2015

YOGYAKARTA : Jalan Jalan sekitar Kota Yogyakarta



Untuk penginapan murah di sinilah tempatnya.Berbaloi kerana ia terletak di Jalan Malioboro dan bersebelahan mesjid

Masjid Sholihin bersebelahan kediaman

Jadual imam bertugas untuk hari Jumaat

Sila ambil perhatian, orang Jawa menamakan setiap minggu hari Jumaat menurut kalendar Jawa kuno 


Universiti Gadjah Mada didirikan pada Disember 1949. Antara universiti paling top dan terkenal di Indonesia dan luar negara. Ramai pelajar dari Malaysia yang menuntut disini.

Kantor Gabenur daerah Yogyakarta


Yogyakarta memang terkenal dengan keunikan lesehan yang beroperasi disebelah malam. Menjadi tumpuan pelancong makan malam disini.


Suasana Jalan Malioboro di waktu siang, diwaktu malam dipenuhi pengunjung yang membeli belah di gerai gerai sepanjang jalan dan kaki lima kedai.

Laluan ke kraton Yogyakarta

Kraton Yogyakarta

Bahagian hadapan Kraton


Disebelah kraton terdapat pusat makanan khas Nasi Gudeg, inilah menu sarapan pagi hari ini.

Deretan rumah makan nasi gudeg
 di Jalan Wijilan,Yogyakarta.

Nasi gudeg Bu Lies


Nasi Gudeg Wijilan


Dekorasi bahagian dalam kedai


Inilah rupa nasi gudeg, sambal warna perang tu dibuat dari buah nangka(gudeg). Dimakan bersama sambal daging.

Inilah hj Bu Lies yg menjadi pengusaha rumah makan nasi gudeg di Jalan Wijilan ini.

Pemandangan suasana Jalan Malioboro di waktu pagi

Makan tengah hari di Yogyakarta, ......nasi Padang

Masjid Kraton Soko Tunggal yang terletak berdekatan Taman Sari



Kawasan Taman Sari

Pintu masuk ke Taman Sari

Kawasan alun alun kidul


Monumen serangan umum 1 Maret 1949, percubaan Belanda utk menguasai semula Indonesia mendapat tentangan dari pribumi

Bahagian hadapan Stasiun Keretapi Yogyakarta


Bangunan utama stasiun KA Tugu


Jualan barang dagangan sepanjang jalan Malioboro





Kalau ke Malioboro jangan lupa singgah makan pecel Madiun ini besama sate ayam.

Monday, 3 August 2015

YOGYAKARTA : Candi Borubudor di Magelang




Dari kediaman di jalan Malioboro, di sebelah petang menaiki sepeda motor ke Candi Borubudur di Magelang. Jalanraya nya cantik sekali dengan dua lorong seperti lebuhraya di Malaysia. Ia menghubungkan Yogya dengan Semarang di utara. Bila sampai di Muntilan belok kekiri dan terus ke arah candi.



View candi dari kawasan kampong bersebelahannya







Selepas berkeliling di kampong sekitarnya baru masuk ke pintu utama nya.

Di pintu masuk utama kawasan Candi Borubudur


Terus pergi beli tiket, buat selamba saja dan berlagak macam orang indon. Baru boleh dapat tiket harga WISNUS iaitu Wisata Nusantara..Jika tidak kena bayar harga pelancong luar (Manca negara) dalam kadar USD


Harga tiket dalam RM8 sahaja. Kalau penduduk Magelang masuk percuma sahaja.




Ia merupakan candi budha yg di bina pada 750 masihi , ia berbeza dengan candi prambanan yg merupakan candi hindu.

Kelihatan ramai pelancong yang menaiki tangga melawat bahagian atas. 

Cuma berjalan dibahagian bawah saja, tak berminat dan teringin untuk ke atas.

Adik ni sedang menemu bual pelancong yg berkunjung kesini, sebahagian dari assingmen bagi tugasan kerja sekolah mereka

Mereka pelajar SMA di Muntilan. Dapat masuk secara percuma kesini.

Jalan keluar dari candi, pelancong terpaksa melalui lorong yang di penuhi gerai yang menjual perbagai barangan cenderahati dan makanan. Ini adalah strategi pemasaran untuk menarik perhatian pelancong.

Antara barangan hasil gunung berapi turut sama dijual

Dalam perjalanan pulang ketemu dengan papan tanda ini, hati terpanggil untuk menziarahi panti asuhan ini

Di tempat kita di panggil rumah anak yatim, lebih baik menziarahi mereka dan hati menjadi syahdu berbanding dengan masuk melawat ketul batu dalam candi tadi.

Dari sini kelihatan pemandangan gunung Merapi yang sangat mengasyikkan


Gunung Merapi , kelihatan asap dari kawahnya.

Subhanallah.........dengan adanya gunung ini kawasan sekitarnya menjadi amat subur