ASSALAMUALAIKUM

click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Saturday, 6 February 2016

SATUN THAILAND : Jalan jalan ke Tanjong Pao



Lepas ronda Pekan Satun cari kedai makanan halal untuk makan tengahhari. Akhirnya jumpa kedai makan Muslim, masaalahnya mereka tak dapat berbahasa Melayu atau Inggeris. Mujur ada seorang pelanggan wanita dapat berbahasa Inggeris dan melalui beliau dapatlah kami order makanan. Lega.........selepas makan kami bercadang nak ke Tanjung  Pao berehat ditepi laut
.
Tan Yong Po atau nama Melayu Tanjung Pauh ialah perkampungan nelayan di Wilayah Satun. Mengadap ke laut Andaman terletak arah barat bandar Satun.



Dah sampai di Kampong / Ban Tan Yong Po


Kawasan ini menghadap ke Laut Andaman


Jeti nelayan disini untuk kelaut




 Rumah penduduk yang majoriti nya menjadi nelayan

 Pasu besar ini digunakan untuk menyimpan air hujan untuk kegunaan seharian


 Kedai kopi di kampong nelayan ini



Selepas melewati kawasan kampong nelayan, terdapat beberapa buah kedai makanan laut yang menjadi daya tarikan pelancong di sini. Kami singgah di Tanyong Seafood kepunyaan Pak Tam Man.


 Di tepi pantai terletak deretan meja makan bangsal buloh




 Pantai Tanjung Pao

 Pulau Tarotao di laut Andaman

 Pulau Langkawi jelas kelihatan dari sini


 Minuman teh ais nya boleh tahan.........dalam jug mini. 
Jenuh nak di habiskan......


Sunday, 31 January 2016

SATUN THAILAND : Perjalanan ke Satun







Pada penghujung Disember 2015, teringat nak cuba jalan jalan ke Satun , Selatan Thailand. Perjalanan dari Alor Setar ke Changlun, beli insuran kenderaan RM16 ( sahlaku untuk tempoh seminggu). Tukar duit Bath kemudian meneruskan perjalanan ke Wang Kelian melalui jalan Cuping ke Padang Besar seterusnya ke Kaki Bukit dan ke Wang Kelian. Selepas selesai pendaftaran kenderaan dan imigresen kami terus melintasi sempadan ke Thailand.

Disambut oleh papan tanda Selamat Datang ke Satun


Pos Imigresan Thailand


Pekan hari yang terletak di pintu sempadan. Pada hujung minggu kawasan ini sesak dengan pengujung.

Gerai menjual barangan Thai


Perjalanan ke Satun dari Wang Kelian sejauh 53km












Satun : Peaceful, Clean and Pure Nature itulah slogannya

Sampai di Satun pada waktu tengahari


Thursday, 28 January 2016

KALIMANTAN : Kota Samarinda

Perjalanan menaiki bas dari Balikpapan ke Kota Samarinda memakan masa hampir tiga jam, kini sudah menghampiri kota Samarinda


Gerimis di Kota Samarinda

Sungai Mahakam merentas di  tengah Kota Samarinda

Bahagian tepi sungai di hadapan Islamic Centre

Satu ketika dulu sungai ini menjadi nadi yang menghubungkan Kota Samarinda dengan kawasan pendalaman Kalimantan

Bahagian hadapan yang menghadap ke Sg Mahakam

Islamic Center tersergam indah di tepi Sg Mahakam

Suasana di Kota Samarinda

Kawasan Pasar Pagi menjadi tumpuan utama penduduk untuk membeli belah

Pasar Pagi terletak di jalan Jenderal Sudirman

Pasar ini beroperasi hingga petang, menjadi lokasi tumpuan pelancong luar untuk berbelanja

Peniaga dipinggir lorong Pasar Pagi

Ternampak kedai menjual sate.......nak try rasa

Boleh bagi dua bintang saja.......Sate Kajang lagi best

Makan sambil di hibur oleh pengamen, ini yang tak ada di tempat kita.

Kesibukan lalu lintas di sini dan sering macet

Disebelah jalan terdapat toko yang menjual pelbagai kain, jangan lupa beli kain sarung Samarinda.......!


Wednesday, 20 January 2016

KALIMANTAN : Samarinda Islamic Centre

Siri Pengajian Akbar menggunakan Kitab Bustanul Arifin tamat di Banjarbaru dan bersambung di kota Samarinda dari 16 hingga 17 Disember menggunakan Kitab Ayyuhal Walad.


Pengajian berlansung di Islamic Centre Samarinda

Komplek Islamic Centre 

Pandangan bahagian hadapan

Bahagian lobby


Tersergam gendang/ketuk yang satu ketika dulu digunakan untuk memaklumkan masuk waktu solat

Diresmikan pada 2008 yang lalu

Tangga ke lantai atas ruang solat


Kubah cantik pada bahagian atas ruang solat

Bahagian ruang solat muslimin

Ruang solat muslimah

Pada ruang ini pengajian berlansung
Bahagian sisi komplek


Hiasan khat ayat suci alquran pada pintu hadapan