ASSALAMUALAIKUM

click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Friday 24 July 2015

BALI : Perjalanan Darat Dari Denpasar Ke Yogyakarta


Dari Pulau Bali bertolak ke Yogyakarta melalui jalan darat sejauh 700km. menggunakan bas ekspress Pahala Kencana








Keadaan di terminal Ubung Denpasar.Bali.



Tiket bas Denpasar ke Yogyakarta
 kosnya 295k IDR (RM 84) termasuk bayaran makan malam di dalam perjalanan.



Kaunter tiket di terminal Ubung, terdapat ramai calo 
(ulat tiket) yg menawarkan perkhidmatan. Jangan sesekali layan mrk. Dapatkan tiket awal sehari atau dua di pejabat /ejen bas Pahala Kencana di Kuta.


Inilah bilik mengambil wuduk di terminal ini. 
Air paip tak ada ? utk berjimat air tarik penyumbat tin, air akan keluar untuk berwuduk. Good idea......



Bas Pahala Kencana laluan Denpasar ke Yogyakarta


Naik awal kedalam bas, utk dapatkan hawa dingin kerana dalam terminal keadaannya panas


Keadaan dalam basnya selesa, perbagai kemudahan di sediakan dan jarak antara kerusi juga agak jauh.


Terdapat kemudahan kamar kecil di bahagian belakang utk kes kecemasan, teringat bas di sini dulu pun begini sebelum ada lebuhraya dan R&R.


Pukul 200 ptg bas bertolak, gerai sate kambing yang terletak dihadapan terminal Ubung Denpasar.


Pukul 600 ptg bas sampai di pelabuhan Gilimanuk Bali 

Kelihatan Pulau Jawa diseberang sebelah sana.



Feri yang beroperasi antara Pelabuhan Gilimanuk, Bali  dan Pelabuhan Ketapang Banyuwangi, Jawa Timur


Kenderaan menanti giliran untuk masuk ke feri.


Setelah bas memasuki ke dalam feri, semua penumpang turun dan naik ketingkat atas. Suasana dalam feri meriah, ada sudut menjual CD.



Satu sudut lagi menjual cenderahati


Di bahagian belakang ada kedai kopi.

Ambil peluang untuk mengisi perut.........indomie dan nescafe

Perjalanan feri mengambil masa satu jam setengah untuk melintas selat Bali ini.

Pukul 700 pagi, bas dah sampai di kota Solo.



Mesjid besar di Kota Solo (Surakarta)



Selepas Solo, bas dah sampai di kawasan Yogyakarta

Pukul 1000 pagi, tepat sampai diterminal bas Yogyakarta


Dari terminal ini, supir bas tadi nasihatkan ambil bas Transjogja utk ke Jalan Malioboro, satu nasihat yg baik kerana kosnya amat rendah berbanding menaiki taksi.

Stailnya macam naik LRT, tapi naik bas pendek sahaja. dan perlu transit beberapa kali.

Setelah dua kali transit barulah sampai tempat yg di tujui iaitu Jalan Malioboro.

Ia antara jalan yang tersibuk di Yogyakarta ini dan menjadi tumpuan sebagai pusat membeli belah bagi warga tempatan dan pelancong.


The Munajat Backpackers menjadi pilihan kerana ianya bersebelahan mesjid dan murah 125k (RM36/malam)




Bahagian kaunter losmen. Terus check in......terlalu letih naik bas selama 20 jam..........!!!


2 comments:

  1. Says berminat utk ikut serta pengembaraan akan dtg. Saya pesara & minat mengembara.
    PakDin Putrajaya. 016-7705352.

    ReplyDelete