ASSALAMUALAIKUM

click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Wednesday 1 April 2015

MELAWAT AO NANG KRABI

Cuti sekolah , 15 Mac 2015 pagi ; kami sekeluarga bertolak ke Krabi. Hampir dah dua bulan tempah hotel melalui Booking.com. di pantai Ao Nang. 



Lepas
Isi minyak penuh tangki dekat Changlon, kemudian ambil insuran kenderaan untuk seminggu kosnya RM16. Terus pecut ke Bt Kayu Hitam. Selesai urusan imigresen Malaysia , terus ke pintu sempadan Thailand di Danok.

Cop paspot, kena huluq RM 1 utk kanak kanak dan RM 2 utk dewasa kpd Imigeresan Thai, duit elaun kononnya. Kemudian ke kaunter pendaftaran kenderaan kena huluq lagi RM5.baru boleh selesai. Kemudian terus pandu masuk ke Thailand......Semuanya mengambil masa dalam satu jam.


Dari Pekan Danok menggunakan lebuhraya no 4 tanpa tol !!!.......itu yg best disini. Terus ke Hat Yai, Lebih kurang dlm 5km sebelum Hat Yai belok ke kiri menuju ke Phattalung. Sampai  di Phattalung kena on GPS kerana dalam bandarnya kurang papan tanda. Dari sini perjalanan di teruskan ke bandar Trang melalui lebuhraya no.4. Perjalanan kali ini melalui kawasan pergunungan. Lebuhraya baru telah di bina merentas kawasan ini, berbanding 8 tahun lalu semasa kali pertama melaluinya jalan nya penuh berliku-liku. Syukur....dapat sampai ke Trang dalam tempoh yg singkat sahaja. Berhenti di R & R Trang untuk makan tengahari di kedai Muslim.




Di R&R Trang........bila perut dah kenyang barulah semua tersenyum.



Bahagian hadapan R&R Trang


Sebahagian kenderaan pelancong yg berhenti di R&R ini.



Perjalanan di teruskan melalui lebuhraya yg sama menuju ke arah Krabi..........Alhamdulillah , selamat sampai dan mendaftar di Guest House dalam pukul 4 petang.




Daftar bilik dan bayar THB 2,520 utk 2 malam di Ao Nang ini.


Sebelah petang, perut dah mulai lapar semula, kami berkereta dari kediaman ke tepi pantai. Di sini banyak peniaga Muslim dan berbagai resepi di sajikan...........makan jangan tak makan !



Pelbagai jenis menu dan harga yang dipamerkan


Lepas makan.......jalan jalan lah....lihat persekitaran Ao Nang





Deretan kedai menjual  cenderahati dan peralatan untuk island hoping






Jalan jalan menyusuri laluan kedai di sepanjang pantai.......last sekali letih dan mula cari kerusi utk menghilangkan penat.

No comments:

Post a Comment