Tup, Chicken dan ko Sili.
transit ke pengkalan speed bot.......bersemangat !
Depa berdua ni pun turut tumpang bersemangat jugak....
Bas klasik zaman 60an digunakan utk mengutip peserta pakej dari hotel ke hotel dikawasan Ao Nang ini utk di bawa ke pengkalan.
Dah sampai kawasan pengkalan.....turun dari bas klasik
Semua peserta pakej dikumpul di tepi pantai utk taklimat
Kemudian di minta beredar ke speed boat masing
masing.....kena berjalan jauh jugak..........jalan jalan
Dah pun sampai........nasib la yg pakai kasut gerenti basah
.....pakai selipar...OK
Speed boat ni besar.boleh muat sehingga 35 orang
Persinggahan pertama ialah di Phra Nang Cave. Terletak di Teluk Railay.
Terdapat gua batu kapur di sini....dan ada aktiviti absiling.
Kehebatan kaum hawa.......selambe saja, tak gayat pun..!!
Di belakang sana terdapat pintu gua.....tak berminat nak
masuk.
Alhamdulilah......cuaca amat baik sekali pada hari ni.
Dua beradik ni dah tak sabar........terus mandi.
Selepas 30 minit semua naik ke speed bot utk ke pulau.
Pulau pertama iaitu Ko Poda (ko bermaksud pulau dlm
bahasa Thai).
Pulaunya sangat cantik dengan pantai yg memutih dan air laut yang jernih......subhanallah....
Terus tergoda dan lompat masuk ke air..........mandi.
Memang berbaloi.......dan mandi sepuasnya.
Deretan long tail boat dan catamaran di depan pulau.
Pakej long tail boat memang lebih murah....tetapi ia mengambil masa yg lama dan jika cuaca buruk.....menakutkan.
Terdapat pejabat renger National Park disini
Berkumpul kembali atas bot utk ke destinasi berikutnya
Dah sampai ke Ko Tup untuk aktiviti snorkeling.
Semua peralatan snorkeling disediakan dalam pakej.
Benar benar teruja untuk melakukan snorkeling...mesti
pandai berenang tau !!. Nurul memang handal berenang.
Lautnya tenang tanpa ombak memudahkan aktiviti.
Memang best......!! ikan berbagai warna dan jinak.
Sesuai dengan namanya kerana bhg depan pulau
nampak macam kepala ayam Belanda.
Tiba masanya utk makan tengah hari, kami di bawa ke daratan utk makan.
Makanan halal yg disediakan dalam pakej ringkas sahaja
iaitu ayam goreng bersama sayur labu.
Makan saja leee........darurat, mana ada tom yam tengah laut
Pulau Sili ini berhubung dengan pulau kecil berhampiran
melalui beting pasir. Boleh berjalan masa air surut.
Ketika air surut beting ini dapat dilalui dengan mudah
Memang best pengalaman meredah beting ini dengan paras air setakat buku lali sahaja.
Speed bot menunggu di hujung beting utk membawa kami pulang semula ke Pantai Ao Nang di tanah besar.
Saya pernah ke Krabi...memang agak menyeramkan naik long boat tu...terutama kalau ombak besar...
ReplyDeletewah....saya suka naik long boat ...best terutama bila ombak besar...mengganas.
ReplyDelete