Perjalanan Lombok ke Bali bermula dari hotel di Senggigi ke Pelabuhan Lembar. Menaiki feri ke Padang Bai di Bali. Dari sini naik ojek ke pantai Kuta.Bali.
Jalan raya ke Lembar ternyata bagus dan terdapat mercu tanda Pulau Lombok pd round about disini
Pintu masuk ke pelabuhan dan kaunter tiket.
Kaunter tiket penumpang terletak di bahagian kiri sekali. Harga tiketnya 45k (lebih kurang RM13)
Menunggu feri di Pelabuhan Lembar
Kenderaan menunggu giliran menaiki feri
Antara feri yang menyediakan perkhidmatan
Feri telah bersedia untuk berlepas
Terdapat ruang untuk berbaring dalam feri, perjalanan memakan masa hampir 4 jam. Sempat untuk melelapkan mata, terutama dalam perjalanan waktu malam.
Sebelum feri bertolak para penjaja mengambil kesempatan mencari rezeki.
Antara feri yang baru sampai dari Bali
Pemandangan di sekitar pelabuhan
Para pemancing mencari rezeki
Feri dah mula bergerak dan kelihatan pelabuhan Lembar di belakang sana.
Selepas dua jam belayar, Pulau Bali sudah jelas kelihatan
Gunung Agung tersergam indah, menjadi mercu tanda Bali dengan ketinggian 9944 kaki (3031m). Kali terakhir meletus pada tahun 1963.
Sunset indah di Pulau Bali
Bahagian bridge feri yang menempatkan ruang navigasi
Lampu pelabuhan Padang Bai sudah mula kelihatan
Feri sedang menghampiri Pulau Bali
Telah sampai di Pelabuhan Padang Bai, pukul 7 lebih,hari telah gelap. Terus ke pekan Pdg Bai untuk mendapatkan pengangkutan ke Kuta. Malangnya semua kenderaan awam dan perkhidmatan bas shuttle hanya berfungsi pada sebelah siang sahaja. Tiada pilihan, terpaksa menggunakan khidmat ojek sekali lagi.
Dengan bayaran 170k kepada tukang ojek, terus sampai ke Kuta. Cari losmen dapat dengan harga 140k, terdesak kerana lewat malam dan letih terus terima tanpa berfikir panjang lagi. Check in terus mandi dan berehat.
Wah..
ReplyDeletecan i have full itenary for lombok to bali please? kindly email me at afifaharrifin@gmail.com :))
ReplyDeleteAslmlkm
ReplyDeleteBoleh joint...
Aslm. Kalau x keberatan saya pon nk itinerary jgk. Pls send to jroslilawati@gmail.com. Tq in adv
ReplyDeleteMaaf ye bertanya.kalau tak keberatan saya juga nak itenery dari bali ke lombok kerana saya akan ke lombok dari balik dan balik semula ke bali..boleh tak emailkan ke saya kalau tidak keberatan.syima02@yahoo.com
ReplyDelete