Kembali dari Mt Bromo terus ke Surabaya. Dari terminal Purabaya menaiki bas ke Jalan Genteng, terletak di pusat kota tambang IDR 5k. Bila hampir tiba, bas hanya melalui jalan disebelah jalan Genteng,GPS tak dapat kesan dan terlajak dari destinasi asal. Kena berpatah balik dan naik beca...........kena kapak......IDR 35k..........naik jugalah ke Hotel Paviljoen. Merupakan hotel lama era zaman kolonial Belanda. Kadar sewa IDR 148k semalam.
Semasa sampai Kota Surabaya sedang menyambur HUT SURABAYA KE 721......ia itu hari ulang tahun penubuhan Kota Surabaya ke 721.
HUT (Hari ulang tahun) Surabaya ke 721
Naik beca ke hotel............beca uzur tapi tambang mahal......
Baik sikit dari jalan kaki..........
On the way to hotel............
Dah sampai Hotel Paviljoen, Jalan Genteng Besar. Surabaya.....dan check-in......
Bayar bil nya IDR 148,500 semalam
Petangnya jalan=jalan ke Pasar Genteng Baru.............pusat jualan peralatan elektronik terbesar di Indonesia.
Disebelahnya terletak masjid Genteng.........ada kedai nasi Padang di sisinya.....makan dulu !
Jalan jalan lagi.........melalui jalan utama kota ini
Dibelakang bangunan tinggi dan hotel......terdapat penempatan penduduk lokal Kota Surabaya
Serba kekurangan dan di himpit kemewahan kota........
Check out hotel awal pagi dan jalan jalan lihat suasana Pasar Pagi Jalan Genteng........berdekatan dengan hotel
Kasihan melihat nenek yang di usia senja terpaksa meneruskan karrier sebagai peniaga jalanan ini
Mak cik ini berniaga ikan.........cuba lihat dacing mereka yg menggunakan pemberat, agak unik berbanding di Malaysia
Cukup masa berniaga........penguatkuasa meminta mereka bubar dan kemaskan barangan
Servis beca.........sedang menunggu pelanggan
Peniaga jalanan.......coba baca notis yg diletak pada pokok............@#!$$##.......
Jalan kaki ke Monumen kapal selam,melalui jambatan diatas Sg Brantas yang melalui ditengah Kota Surabaya
Semasa melalui Jalan Pemuda,,,,,Berhenti sarapan pagi di Sate Klopo Ondomohen.......Bezanya dengan sate lain ialah ramuan kelapa yang dimasukan bersama sebagai perasa..........boleh coba bila ke Surabaya.
Pekerjanya sedang menyiapkan hidangan
Sate ni memang top di Surabaya.........sejak 1945 lagi.....masa tu Belanda masih menjajah di sini,,,
Dalam perjalanan sempat merakam .......keadaan di pinggir jalan.
Mengikut cerita rakyat asal nama Surabaya adalah dari nama ikan Hiu yg bernama Sura dan Buaya (baya) digabung sempena pertarungan keduanya untuk merebut habitat dikawasan ini.. Memori ini di serlahkan oleh monumen ini yang terletak disebelah Sungai Brantas.
Dah nampak monumen kapal selam diseberang Sg Brantas
Pintu masuk ke Monumen Kapal Selam dan disebelah kiri terletak kaunter tiket (Karcis)
Tarikh perasmiannya pada tahun 1998
Ini lah rupa luaran struktur kapal selam tersebut
Spesifikasi Kapal Selam............model 1952. Pada zaman itu spec ini dah cukup canggih. dgn laju 18,3 knot.
Tiub untuk dimasukkan torpedo....ada 4 semuanya di bhg haluan. dan 2 dibhg ekor
Inilah rupa torpedo sebelum di masukkan ke tiub utk dilancarkan
Kabin anak kapal tidur dan berehat
Bahagian navigasi terdapat Periskop dan dari sini kapten akan memberi arahan kepada anak kapal
Bahagian dapur utk menyediakan sajian kpd anak kapal
Bahagian enjin.......disebelah kiri ialah alat komunikasi dalaman(intercom) antara bahagian dalam kapal
Keluar semula dari kapal selam di bhg ekor....lubang kecil pada sisi kapal digunakan utk laluan air masuk kedalam tangki balast utk tujuan menyelam dan mengeluarkan semula bila mahu timbul.
Dari monumen kapal selam.......jalan kaki sepanjang Jln Pemuda ke perhentian bas.
Di sepanjang Jalan Pemuda.....Surabaya
Bus stop ke Terminal Purabaya terletak di Jln Jeneral Sudirman.
Bas dah sampai...........OTW ke Terminal Purabaya tambang hanya IDR 5k
Dah sampai di terminal Purabaya ( Bungurasih )..........cari cari kedai makan
Nampak menu yg ada.........perut dah lapar..........try order Nasi Rawon , nak try konon.......
Nasi ni dimakan bersama kuah daging lembu yg dipotong nipis berasaskan kicap dan dimasukkan togeh bersama didalamnya . Aduh !!!!!..........tak boleh pi......bukan selera kita........makan sikit dan terus tinggal
Bas Damri ke Airport
Basnya cantik dan bersih..........
Tiket bas Damri..... ke airport Juanda. Jika naik teksi kosnya IDR 70k
Dalam airport Juanda
Salah sebuah kedai yang menarik.......cara ia menyusun cermin.........ada seninya.
Replika karapan sapi (bull race) di airport Juanda, bagaimana ia digunakan..........lihat gambar di bawah ni....bahagian galang kayu itu diguna untuk meletak kaki joki semasa berlumba
Pemuda Madura sedang Karapan sapi yang berlansung di Bakalan ,Madura, Surabaya.
Penerbangan QZ 322 ke KL akan bertolak pd 12.10. Penumpang di kenakan airport tax pd kadar baru sebanyak
IDR 200k seorang, naik sebanyak 50k.........sila simpan rupiah sebelum pulang
Sabar menanti penerbangan pulang ke KL>>>>>>>
Sekitar Bandara Juanda Surabaya......................bersedia utk berangkat
Nun di bawah sana ..........kelihatan jambatan Suramadu yang menghubungkan antara Pulau Madura dengan Surabaya. Panjangnya 5.4 km merentasi Selat Madura. Hajat hati nak bermotosikal merentasi nya tak kesampaian kerana semasa di Surabaya tak jumpa servis menyewa motosikal'
OTW balik ke KLIA2
QZ 322 ni Air Asia Indonesia.......perkataan kapan aja menakutkan penumpang Malaysia.......kerana bila-bila saja boleh dkapankan........menandakan penerbangan yang tak selamat ( Masaalah Bahasa ! )
Alhamdulillah..............pkl 3.50 ptg dah selamat sampai di KLIA2
Berehat di surau sementara menunggu transit flight ke A.Setar
Inilah saja bagasi tangan utk jalan jalan secara solo ke Pulau Jawa