Pada 31 Mei, cuti pertengahan tahun persekolahan. Kami memulakan jalan jalan rentas sempadan.Bertolak dari rumah pada jam 730 pagi dan setelah selesai urusan imigresen Malaysia -Thai, kemudian ke kedai pengurup wang dan kami terus bersarapan di gerai Pekan Danok.Thailand.
Makanan pilihan ialah nasi kerabu dan daging bakar.
Berbagai jenis makanan dapat di pilih dari gerai gerai disini
Nasi kerabu dan teh ais telah sampai
Memang menyelerakan......
Jalanraya di bandar Sadao masih lengang, hari Ahad adalah cuti hujung minggu di Thailand.
Kemudian kami sampai ke bandar Hat Yai dan terus ronda ronda dan masuk ke Central Festival Mall
Semua pintu masuk ke mall ini dilengkapi alat pengesan logam, ini perkara biasa disini bagi tujuan keselamatan.
Ice skating ring sub zero menjadi pilihan
Mula nak tunjuk skill
Kami sahaja nampaknya orang luar, yang lainnya semua penduduk lokal Hat Yai
Bahagian food court nya besar dan selesa
Mereka sebut Food Park disini
Bagi urusan membeli makanan semuanya menggunakan token, ni lah kaunter untuk menukar wang tunai kepada token dalam bentuk debit kad.
Terdapat banyak gerai yang menjual makanan halal
Adik yang menjual bertudung lagi......orang Islam Thailand
Di aras yang sama terdapat pawagam, apa yang menarik semua pembelian tiket menggunakan kaedah tiket elektronik ( e-ticket )
Semua pembelian tiket melalui mesin elektronik ini.
Pilih judul filem dan masukkan duit secukupnya, ambil tiket dan terus ke pintu masuk.
Bahagian pintu masuk.
Penat berjalan............rehat dulu....
Kali ke berapa en Idrus ke Hat Yai ni...
ReplyDelete