Bersama bapak tuan punya rumah penginapan Jaya Kesuma di Terminal Purabaya (Bungurasih) sebelum ke terminal bas
Lorong (gang dlm bahasa Indonesia) antara kediaman yang menuju ke terminal bas. Berjalan kaki dalam 200m sahaja,
Singgah sarapan pagi di Warung Puspita
Ini saja menu yang ada............bole lah setakat mengalas perut.
Barangan jualan.........nasi belum siap lagi kerana masih awal pagi.
Beg backpacker di letakkan dihadapan gerai.........selamat......
Gerai makan besebelahan terminal bas sahaja......
Sampai di terminal terus cari bas Patas ke Probolinggo..........bas AC harga tiket IDR 57k shj ( dlm RM15) untuk perjalanan sejauh 102 km
Laluan perjalanan dari Surabaya ke Probolinggo
Suasana Kota Surabaya di bahagian hadapan terminal bas
Perjalanan mengambil masa dalam dua setengah jam.....pukul 10 pagi dah sampai di terminal Probolinggo
Deretan bas di terminal Probolinggo
Dari terminal bas, berjalan kaki ke belakang terminal menuju ke jalan Gunung Bromo terrdapat deretan van (Bison) berwarna biru yang mengangkut penumpang ke Cemoro Lawang.
Bergambar di hadapan Bison 12 penumpang
Semasa sampai di sini baru ada 4 orang penumpang............kena tunggu lah jawabnya..Lepak dekat warung lah sementara menunggu keberangkatan.
Sementara menunggu penumpang, pemandu dan konduktor Bison dari suku Tengger ini menghabiskan masa dengan bermain catur.
warung di sepanjang kawasan perhentian Bison Ke Mt Bromo
Makan Bakso,,,,,,,,untuk mengalas perut di warung muslim
Sementara itu dok berbual dgn mrk ni lah.......wanita di kiri tu menjelajah benua Asia bersama suaminya dengan berbasikal, berasal dari Lyons .Peranchis. Bercadang mengayuh ke Mt Bromo.....malangnya basikal rosak di Probolinggo. Terpaksa naik van utk ke sana.
Lepas lebih 2 jam menunggu...........akhirnya van bertolak ke Cemoro Lawang sejauh 44km pendakian dari Probolinggo, Bayaran van IDR 65k seorang. Agak mahal sikit kerana penumpang tidak penuh.
Peta laluan perjalanan dari Terminal Probolinggo
ke Cemoro Lawang Mt Bromo
Jalan menghala ke Mt Bromo
Pemandangan indah dalam perjalanan ke Cemoro Lawang
Kawasan kediaman penduduk di sepanjang laluan pendakian
Dah sampai di kawasan Cemoro Lawang
Homestay Pak Yogi menjadi pilihan kerana bersih dan rapi
Sewa biliknya IDR120k semalam (RM30).......ok jugak la....
Berehat di bahagian lobby
berjalan 200m dari homestay dah dapat lihat kawah Mt Bromo yang aktif mengeluarkan asapnya
Dua orang mak chik dari Suku Tengger sedang berborak pada waktu petang
Laluan ke Mt Bromo di penuhi dengan hotel dikiri dan kanan jalan
Lelaki Suku Tengger sedang berehat di tepi hotel dgn latar belakang Mt Bromo
Menyedut asap Rokok Kretek utk mencari inspirasi..................Pak Chik Tengger
Notis dari Bahagian Perhutanan
Bahagian hadapan Hotel Cemara Indah
Disebelah hotel ini, disediakan tempat lepak untuk menghayati pemandangan indah kawah gunung berapi
Kedai cenderamata suku Tengger di Cemoro Lawang
Rumah kediaman Suku Tengger disini, mereka masih mengamalkan ajaran Hindu seperti di Bali. Pekerjaan mrk menanam sayur, memandu jeep dan menunggang kuda utk membawa pelancong yg berkunjung kesini.
Penat berjalan............................pekena minum petang di Cafe Lava
Bahagian dalam cafe........berkonsepkan budaya setempat
Menunya .........................roti bakar dengan parutan keju
Dah kenyang........jalan jalan lagi.....
Bersama pemuda Tengger tempatan yang menjual barangan keperluan semasa di Mt Bromo
Beraksi sakan Mat Tengger ni bila nak di ambil gambar mereka...........................
Selepas tidur dalam pukul 4.00 pagi .........melalui pakej Sunrise Bromo berharga IDR 100k. Jeep akan membawa ke Penanjakan. Utk masuk ke Tengger National Park, pengunjung dikenakan kadar tarif seperti di atas
Bila dah sampai diatas gunung kawasan Penanjakan ..............Sebagai alas perut makan makan cucuk pisang dgn teh o dulu ,,,,,pukol 530 pagi !!!????
Fajar telah kelihatan di ufuk timur.........menandakan waktu utk solat subuh
Kemudian ke Penanjakan utk melihat sunrise di Bromo
Subhanallah..........pemandangan yang tersangat cantik yang Allah jadikan di sini,
Lokasi Gunung Berapi di Taman Nasional Tengger
Kelihatan ramai pemerhati dari pelancong luar dan dalam negeri memenuhi kawasan Penanjakan ini
Kelihatan Mt Semeru dibelakang dan Mt Bromo di hadapan mengeluarkan asap yg menandakan mereka masih aktif......dan berpotensi untuk meledak.
Kelihatan Kawasan Cemoro Lawang di tebing sebelah kiri, terletak di bhg tepi kawah gunung berapi asal, selepas itu baru tumbuh gunung berapi yang baru Mt Bromo dalam letusan fasa kedua.
Zoom..........kawasan hotel Cemoro Lawang di pinggir kawah asal gunung berapi.
Bila hari semakin cerah............pemandangan semakin jelas dan mempersonakan.......MasyaAllah.....sebaik-baik pencipta
Semua gambar Selfie.........maklumlah pengembaraan secara solo
Pintu masuk ke view point.........Penanjakan. Dah cerah baru boleh rakam foto.
Ini lah musolla untuk pelancong menunaikan solat subuh
Jalan turun dari Penanjakan
Dipenuhi gerai makan dan cenderahati
Jagung bakar.............antara menu utama di sini
Sempat juga membeli beberapa keping FM Mt Bromo, sekeping IDR 40k
Deretan jeep yang terlibat dalam pakej membawa pelancong
Bersama pemandu Tengger............tumpang hilangkan kesejukan
Inilah jeep bagi pakej gua, kongsi sama dengan 4 orang lagi pelancong tempatan Indonesia.
Ini dia Pak Supir suku Tengger yang sangat mahir memecut jeep..........
Dari Penanjakan........jeep terus di pandu turun ke kawasan Savanna iaitu kawasan berpasir hitam hasil letusan gunung berapi diwaktu silam
Jeep menurunkan penumpang di kawasan ini.........Di belakang kelihatan Mt Batok
Untuk ke kawah Mt Bromo pelancong perlu berjalan melalui denai pasir ini sejauh lebih kurang 2km
Berjalan dan mendaki lautan pasir hitam
Redahan kaki kuda menyebabkan debu pasir berterbangan..........penutup muka sangat perlu utk keselamatan pernafasan.
Bagi yang tak kuat berjalan boleh lah menggunakan khidmat tunggangan kuda dengan sedikit bayaran
Letih berjalan terasa hilang bila menatap keindahan alam disini
Berjalan...........sambil digoda oleh pemilik kuda agar menggunakan khidmat mereka
Sebahagian pelancong yang keletihan.........menggunakan perkhidmatan mereka
Pendakian yang mencabar......
Perkhidmatan kuda tamat disini...........tiada perkhidmatan mendaki anak tangga ke kawah Mt Bromo. Disini lutut perlu kuat dan rentak nafas perlu betul......barulah boleh sampai ke bahagian kawah.
Kawah Bromo........bunyinya mengelegak......amat mengerikan......
.terbayang neraka.....
Berada di puncak kawah Bromo dan melihat kebawah............
seperti berada di atas awan........
Subhanallah.........amat cantik
Di sisi Mt Bromo terdapat Mt Batok yang sudah tidak aktif
Pengunjung berada disepanjang tepi kawah Mt Bromo
Berada melepasi awan........
Di puncak Mt Bromo
Tangga pendakian yang agak curam
Sawaddee kha.......Bersama kenalan dari Thailand.......lupa pula nama !
Dari puncak Bromo.......nampak hotel di Cemoro Lawang yang terletak di tepi kawah lama
Nama dia Lia dari Kalimantan........pakej Mt Bromo yang sama berkongsi jeep
Yang ini Nelly juga dari Kalimantan..........pakej Mt Bromo yang sama.
Dapat juga teman untuk berbual disepanjang tour di Mt Bromo
Aiiiiiikk..........macam dah kenal lama
Betoi laaa.... tuuuuu...........
Terdapat pura hindu ditengah lautan pasir hitam
Dah turun dari tangga.......perjalanan balik
Sekali lagi di goda oleh Pemuda Tengger agar menggunakan perkhidmatan kuda.......Alhamdulillah masih kuat dan berstamina
Menuruni cerun berpasir
Alur aliran larva semasa letusan Mt Bromo pada zaman dahulu
Ini juga salah satu alur aliran larva
Akhirnya berjaya sampai ke jeep yang sedia menanti untuk membawa pulang setelah pakej selesai
Jeep menghantar pulang sehingga depan homestay..............lepak.........Letih tersandar
Pukul 11.00 pagi check out......naik Bison turun ke Probolinggo
Pemandangan indah dalam perjalanan pulang
Akhirnya sampai di Probolinggo pada pukul 12.05.....Alhamdulillah
Terus ambil bas ke Surabaya,,,,,ada pengamen lagi dalam bas !!!
Dah sampai ke Kota Surabaya
Jalanraya dalam kota
Bangunan tinggalan kolonial Belanda masih terdapat di Surabaya