Lepas ronda Pekan Satun cari kedai makanan halal untuk makan tengahhari. Akhirnya jumpa kedai makan Muslim, masaalahnya mereka tak dapat berbahasa Melayu atau Inggeris. Mujur ada seorang pelanggan wanita dapat berbahasa Inggeris dan melalui beliau dapatlah kami order makanan. Lega.........selepas makan kami bercadang nak ke Tanjung Pao berehat ditepi laut
.
Tan Yong Po atau nama Melayu Tanjung Pauh ialah perkampungan nelayan di Wilayah Satun. Mengadap ke laut Andaman terletak arah barat bandar Satun.
Dah sampai di Kampong / Ban Tan Yong Po
Kawasan ini menghadap ke Laut Andaman
Jeti nelayan disini untuk kelaut
Rumah penduduk yang majoriti nya menjadi nelayan
Pasu besar ini digunakan untuk menyimpan air hujan untuk kegunaan seharian
Kedai kopi di kampong nelayan ini
Selepas melewati kawasan kampong nelayan, terdapat beberapa buah kedai makanan laut yang menjadi daya tarikan pelancong di sini. Kami singgah di Tanyong Seafood kepunyaan Pak Tam Man.
Di tepi pantai terletak deretan meja makan bangsal buloh
Pantai Tanjung Pao
Pulau Tarotao di laut Andaman
Pulau Langkawi jelas kelihatan dari sini
Minuman teh ais nya boleh tahan.........dalam jug mini.
Jenuh nak di habiskan......
Jenuh nak di habiskan......
No comments:
Post a Comment