Cuti pertengahan tahun 2016 persekolahan, kami mengambil peluang untuk jalan jalan ke tanah seberang. Melawat Negara Aceh Darusallam.
Dari Alor Setar kami bertolak awal pagi sekitar jam lima pagi ke Lapangan Terbang Bayan lepas
Menunggu pesawat untuk berangkat.
Dari Penang kami menggunakan perkhidmatan Firefly dan penerbangan mengambil masa sekitar 1jam 40 minit.
Selepas satu jam terbang Pulau Sumatera sudah mulai kelihatan samar samar.
Kelihatan gunung berapi Seulawah Agam di horizon, menandakan sudah hampir tiba di Banda Aceh.
Alhamdulillah, kami selamat mendarat di Banda Aceh walaupun cuaca pada pagi itu tidak stabil
Penumpang tidak menggunakan airbridge, mungkin kerana saiz Firefly yang rendah. Kami diangkut ke terminal oleh bas yang disediakan
Suasana di landasan Bandara Iskandar Muda Banda Aceh
No comments:
Post a Comment