Di Pekan Pak Bara memang banyak kedai makan Muslim. Di hadapan hotel terdapat banyak kedai dan gerai makan. Kami bersarapan di gerai...........nama nya di tulis dalam bahasa Thai. Tak tahu nak sebut dalam bahasa kita.......lihat pada papan tanda dalam gambar di bawah ni namanya.
Gerainya bersih dan paling kreatif, meja makannya menggunakan rangka mesin jahit lama. Sementara menunggu pesanan sampai bolehlah letakkan kaki pada pemijak mesin dan menggerakkan nya untuk bersenam kaki
Menu roti canai pun ada, cuma bezanya dengan tempat kita ialah penebar rotinya.........wanita. Rasanya........lebih sedap dari kedai mamak.
Menu pulut ayam memang tidak asing lagi kalau berkunjung ke Thailand. Gerai nya banyak kelihatan di sepanjang perjalanan. Ayam gorengnya memang sedap......
Disebelah gerai terdapat bistro Barista, menyediakan menu western, bagi memenuhi keperluan pelancong barat yang ramai transit disini untuk ke Ko Lipe.
Lepas sarapan kami jalan jalan ke Pekan LaNgu yang terletak tidak jauh dari Pak Bara.
Suasana pasar pagi di Pekan LaNgu
Harga buah buahan disini memang murah berbanding tempat kita, beza harganya sekali ganda. Maklumlah hasil tempatan......terus dijual pada pembeli
Di Pekan LaNgu terdapat gerai roti canai........kali ni penebarnya lelaki, memang dapat sambutan ramai. Dalam kedai penuh dengan pengunjung......tapi masaalahnya ia cuma tahu berbahasa Thai sahaja.
Serkap ikan dan bubu turut sama di jual di sini
Pelbagai hasil kerja tangan penduduk tempatan di jual di gerai tepi jalan. Harganya memang murah dan perlukan ruang yang besar dalam kereta kalau nak borong !
Kemudian perjalanan di teruskan ke Hat Yai melalui laluan 406 dan balik ke Alor Setar. Melalui laluan ini jarak yang di tempoh sejauh 230km.
No comments:
Post a Comment