Hari kedua di Banda Aceh, kami melawat kawasan pantai barat yang di bantai tsunami 2004 dengan hebat sekali dan menelan korban serta kemusnahan yang amat parah.
Dari kediaman di Beurawe, selepas sarapan pagi kami bertolak ke puncak Gunung Geurutee yang terletak di pantai barat Aceh. Menghadap ke lautan Hindi. Jarak perjalanan sejauh 68km
Selepas sejam perjalanan sampai di km 59, sudah kelihatan gunung Geurutee dihadapan.
Pemandangan panorama alam sangat indah dengan hiasan pokok pinus di pinggir pantai dan banjaran gunung di sebelah daratan
Gunung Geurutee terletak di perbatasan antara Aceh Jaya dan Aceh Besar. Selain dari menjadi pemisah geografi fizikal ia juga memisahkan dua adat dan budaya bagi suku Aceh. Penduduk asli Banda Aceh di Aceh Besar umumnya mewakili latarbelakang suku Aceh. Manakala suku di wilayah barat dan selatan di sini lebih beragam.
Di bahagian puncak terdapat deretan gerai makan dan menjadi singgahan utama bagi mereka yang dalam perjalanan ke Meulaboh dan Tapak Tuan.
Mercu tanda Puncak Geurute, Aceh Jaya
Salah satu daya tarikan pelancong ke sini ialah untuk melihat kehadiran siamang, seperti yang di iklankan pada warung ini
Siamang akan turun dari hutan rimba di sekitar dan bermesra dengan pengunjung warung. Terkejut melihat jadual, kerana siamang juga mempunyai disiplin waktu tertentu untuk bertemu pengunjung ! Mungkin siamang ini mempunyai jam dinding di kediaman mereka.
Memang benar, pada waktunya ada siamang yang dah sampai dan menumpang makan mee segera bersama pengunjung gerai
Siamang ini dah jinak dan tidak ganas, mungkin kerana dah menjadi rutin hariannya bertemu dengan manusia.
Boleh di pegang dan bermesra dengan nya
Dia mampu makan apa saja dan menggunakan penyedut minuman untuk minum
Ambil peluang untuk berkenal dengan siamang
Rakan rakan siamang yang lain
Menikmati makanan dan minuman yang dibelanja oleh pengunjung gerai
Selain siamang, pengunjung boleh bersantai menghadap ke laut lepas menikmati panorama ciptaan Allah swt.
Pemandangan alam yang sangat mengasyikan
Pemandangan alam yang menghilangkan rasa penat
Memang cantik, kelihatan Pulau Kluang yang tidak berpenghuni dihadapan dan lautan Hindi terbentang luas
Luruan ombak tsumami datang dari arah belakang sana setinggi hampir 10 meter mmembantai kawasan barat Aceh pada 26 Dis.2004
Warung makan terletak di tepi laluan utama pantai barat. Ditegakkan diatas gaung jurang oleh tiang kayu , memang santai di sini.
Berehat sambil minum air kelapa
Kecantikan alam Pantai Barat Aceh berdepan Lautan Hindi
Pemandangan alam disini sangat cantik, mengatasi pemandangan Uluwatu di Bali. Cuma ianya kurang di promosikan kepada pelancong luar negara.
Pemandangan dari arah selatan warung menampakan rumah penduduk kawasan Lamno, Aceh Jaya.
nice sharing
ReplyDeletenice sharing.thankyou
ReplyDelete