Perjalanan dari Malioboro ke Pantai Parangtritis melalui
tempat tinggal Wal Yem di Kg Bango
Awal pagi di Yogya, hari kedua ronda dengan sepeda motor bercadang nak ke Pantai Parangtritis. Sebelum tu tinjau dulu kawasan sekitar mencari gerai untuk sarapan pagi
Ketemu dengan nasi gudeg, nasi biasa cuma di tambah masakan buah nangka bercampur rempah. Asalnya makanan keraton tapi kini boleh diperolehi di mana mana.
Dalam perjalanan ke pantai melalui kawasan perkampongan Jawa tengah ini. Melalui sekolah dasar kg Bango.
Dulu Wal Yem belajar di sini.
Jalan masuk ke kampong Wal Yem di Bango
Bahagian hadapan rumah Wal Yem
Jiran yang baik hati, membawa terus ke rumah Wal Yem. Hingga terlupa nak pakai alas kaki.
Bergambar kenangan dengan ibu kpd Wal Yem
Jiran sekitar turut sama meraikan tetamu, sesetengahnya hanya dapat bertutur dalam loghat Jawa sahaja....masaalah !
Pasar pagi di pekan Tegalsari
Dalam perjalanan melalui Pekan Tegalsari Daerah Kretek.
Pemandangan biasa di kawasan luarbandar di Indon.
Pintu gerbang rumah tol di Parangtritis, semua pelancong perlu membayar untuk masuk ke sini.
Hotel dan rumah penginapan yg terdapat disini
Pasir pantai nya berwarna hitam kerana terhasil dari debu pasir muntahan gunung berapi.
Tidak ramai pengunjung pada hari biasa
Pantainya berpasir volkanik hitam menghadap laut selatan (Lautan Hindi)
Ombaknya memang ganas
Semua pengunjung di larang mandi untuk keselamatan
Berhenti sekejap melihat peniaga gerai main catur, masih di tahap estate player nampaknya....
Kebetulan bertemu dengan rumah kenduri di pantai ini, apa yang menariknya selain dari kostum Jawa yg mereka pakai ialah pokok pisang dan buah buahan di belakang mereka pada pintu masuk. Pengaruh Hindu masih subur disini, mungkin untuk melambangkan kesuburan.
Kesimpulannya tak dak apa yg menarik, kalau datang nak try naik Bendi Kuda di pesisir pantai ok la.
Dalam perjalanan balik terjumpa pasar seni ini tapi nampak sepi sahaja.
Alhamdulillah ,Dah selamat sampai balik ke Malioboro
No comments:
Post a Comment