Selepas bersarapan di Losmen Arthawan, terus menunggang sepeda motor menuju ke arah selatan Pulau Bali. Destinasi nya Pantai Uluwatu.
Gerbang yg menyambut tetamu kesini, merupakan pusat tumpuan wisata yg ambil pakej melawat pura uluwatu. Lansung tak berminat nak masuk ke pura ini, tambahan pula terdapat banyak monyet yg akan merampas apa saja beg, kamera malahan cermin mata yg kita pakai turut berpotensi utk di sambar.
Pura tersebut terletak diatas tebing tinggi ini.
Beberapa kilometer bersebelahan pura, terdapat kawasan aktiviti papan luncur (surf board). Kawasan ini lebih menarik di kunjungi berbanding pura uluwatu. Lebih enjoy pemandangan nya..........mententeramkan jiwa......
Ombak laut selatan (Lautan Hindi) yang ganas amat bersesuaian utk aktiviti ini.
Pemandangan yang cantik
Kelihatan ramai peluncur dalam air sedang menanti kedatangan ombak besar untuk meluncur.
Waktu awal pagi merupakan masa paling sesuai utk aktiviti ini kerana cuacanya masih dingin dan terhindar dari sinaran terik panas natahari.
Peluncur berdiri diatas papan luncur yg tenggelam, bila ombak datang mereka membongkokan badan diatas papan dan bersedia meluncur.
Kemudian barulah berdiri menyaimbangkan badan menuruni cerun bukit yang terbentuk pada ombak.
Ramai yang dah mahir dapat beraksi dengan baik bagi tempoh yang panjang
Laluan keluar masuk peluncur ke pantai di celah cenuram tebing tinggi.
Kalau orang yg lemah semangat, tentu takut melihat ombak yg membadai dengan kuat begitu. Tapi bagi mereka makin kuat badaiannya makin nak masuk pergi meluncur.
Anak tangga kearah apartmen yg terletak di lereng tebing
Kelihatan bistro beratap merah menghadap ke laut selatan
Ruang santai di hadapan bistro
Bistro di tepi tebing pantai ni.......pekena kopi Bali sambil melihat gelagat peluncur melayan ombak.
Diatas tebing tinggi disini terdapat hotel dan apartmen penginapan yg kebanyakkannya didiami oleh para peluncur.
Dari apartmen mereka mudah berulang alik ke pantai
Antara apartmen yang terdapat di sini
Di bahagian bawah apartmen terdapat berbagai kemudahan yg berkaitan dengan papan luncur.
View pantai Uluwatu dari apartmen........menarik.......
Fuh ! racun teruk !
ReplyDeleteLawa betul pemandangan Uluwatu ni !