Dari kediaman di jalan Malioboro, di sebelah petang menaiki sepeda motor ke Candi Borubudur di Magelang. Jalanraya nya cantik sekali dengan dua lorong seperti lebuhraya di Malaysia. Ia menghubungkan Yogya dengan Semarang di utara. Bila sampai di Muntilan belok kekiri dan terus ke arah candi.
View candi dari kawasan kampong bersebelahannya
Selepas berkeliling di kampong sekitarnya baru masuk ke pintu utama nya.
Di pintu masuk utama kawasan Candi Borubudur
Terus pergi beli tiket, buat selamba saja dan berlagak macam orang indon. Baru boleh dapat tiket harga WISNUS iaitu Wisata Nusantara..Jika tidak kena bayar harga pelancong luar (Manca negara) dalam kadar USD
Harga tiket dalam RM8 sahaja. Kalau penduduk Magelang masuk percuma sahaja.
Ia merupakan candi budha yg di bina pada 750 masihi , ia berbeza dengan candi prambanan yg merupakan candi hindu.
Kelihatan ramai pelancong yang menaiki tangga melawat bahagian atas.
Cuma berjalan dibahagian bawah saja, tak berminat dan teringin untuk ke atas.
Adik ni sedang menemu bual pelancong yg berkunjung kesini, sebahagian dari assingmen bagi tugasan kerja sekolah mereka
Mereka pelajar SMA di Muntilan. Dapat masuk secara percuma kesini.
Jalan keluar dari candi, pelancong terpaksa melalui lorong yang di penuhi gerai yang menjual perbagai barangan cenderahati dan makanan. Ini adalah strategi pemasaran untuk menarik perhatian pelancong.
Antara barangan hasil gunung berapi turut sama dijual
Dalam perjalanan pulang ketemu dengan papan tanda ini, hati terpanggil untuk menziarahi panti asuhan ini
Di tempat kita di panggil rumah anak yatim, lebih baik menziarahi mereka dan hati menjadi syahdu berbanding dengan masuk melawat ketul batu dalam candi tadi.
Dari sini kelihatan pemandangan gunung Merapi yang sangat mengasyikkan
Gunung Merapi , kelihatan asap dari kawahnya.
Subhanallah.........dengan adanya gunung ini kawasan sekitarnya menjadi amat subur
No comments:
Post a Comment