Dari hotel di Kota Mataram, selepas check out terus ke pantai Senggigi dengan menggunakan khidmat ojek yg sama, kosnya 100k.
Keadaan lalu lintas di jalan raya Mataram menuju ke Senggigi.
Bergambar kenangan di hadapan Univ.Mataram yg terletak di jalan Majapahit OTW ke pantai Senggigi.
Suasana jalan raya dari Mataram menuju ke pantai Senggigi, suasana persekitarannya dan sistem peraturan lalu lintasnya saling tak tumpah seperti di Thailand.
Gedung pakaian besar di Lombok berhampiran Senggigi
Check in di Baleku Hotel, telah di tempah awal melalui Booking.com. Kosnya 225k/malam
Hotel Baleku di Senggigi
Menyerlahkan ciri ciri tradisional Lombok
Gazebo untuk santai
Pihak hotel menyediakan khidmat sewa sepeda motor pd kadar 50k/hari. Tu dia.....motor dah siap parking depan bilik.
Ni lah motosikal Honda jenis skuter yg di gunakan. Jika naik lama boleh menyebabkan kebas bontot. Majoriti masyarakat di Indonesia menggunakan motor skuter sebegini.
Mengambil foto nombor plat moto sangat penting kerana apabila parking diluar,majoriti moto disini terdiri dari jenis skuter ini,menyebabkan kita sering keliru atau terlupa nombor. Jadi boleh rujuk dekat foto yg di ambil.
Untuk makan t.hari, warung ini menjadi pilihan.
Bila dah ada motor, semua jadi senang. Boleh pergi kemana sahaja utk makan dan meronda.
Kenderaan hotel di bahagian pintu masuk.
Sebelah petang ronda ke Pura Batu Bolong, terletak dalam 3km dari hotel. Ambil gambar dari jauh sj.....tak berminat utk melawat.
Kemudian menyusuri pantai Senggigi, terdapat ramai pemancing sedang mencari rezeki. Anehnya mereka masuk kedalam air untuk memancing....tak tahulah kenapa.
Pesisir pantainya memang mengasyikan
Dari bahagian atas bukit ini, kita dapat merakam pemandangan indah pesisir pantainya.
Kemudian ronda kawasan pekan Senggigi, berbagai papan iklan pakej lawatan yang di tawarkan
Kemudian masuk semula ke kawasan pantai yang berada di sebelah pekannya.
Sampan nelayan disini agak berbeza dgn tempat kita, dikiri kanan nya terdapat kayu penyokong bagi mengelakkan nya dari terbalik bila di badai ombak. Penduduk asli di Pasifik Selatan banyak menggunakan model bot yang sebegini
Ini ialah Jeti Senggigi, di gunakan oleh bot laju ekspress yang membawa pelancong dari Bali ke Gili Trawangan.
Disini juga terdapat ramai pemancing sedang mencuba nasib.
Kelihatan bot laju ekspres singgah di jeti Senggigi sebelum meneruskan perjalanannya ke Bali.
Majoriti penggunanya terdiri dari pelancong asing
Deretan perahu nelayan tradisional di pantai Senggigi.
Gerai gerai di kawasan art market di pantai Senggigi
Senarai jadual shuttle bus dari Senggigi ke pelbagai destinasi dan waktu bertolak.
Terdapat banyak gerai makan di sepanjang pantai ini
Gerai menjual sate bulayak di pesisir pantai Senggigi. Duduk dan terus order.....
Sate Bulayak merupakan makanan khas Lombok. Ianya hanya boleh didapati di Nusa Tenggara Barat sahaja. Satenya di perbuat dari daging lembu yang di adun dengan ramuan khas Lombok dan disajikan dengan lontong. Bulayak adalah sejenis lontong yg dibungkus dengan daun enau dengan bentuk memanjang seperti spiral sehingga untuk membukanya memerlukan gerakan memutar. Berbeza dengan lontong di Jawa yg dibungkus dengan daun pisang. Dalam bahasa Sasak "Bulayak" bermakna lontong.Daun enau yang digunakan menghasilkan aroma dan menjadikan bulayak lebih sedap berbanding lontong dan ketupat.
Hidangan sate bulayak ini di padankan dengan air kelapa muda tanpa di tambahi gula.
Assalamualaikum ...
ReplyDeletesaya dari PT. Fantasy Holidays Travel Agent Resmi di medan. Apabila ingin informasi Package Tour ke Medan atau destinasi lain di Indonesia, Boleh hub kami
FANTASY HOLIDAYS
Find your fantasy with us...
License Number : 503 / 356 / SK / TDUP.DU / BPW / MM / 2014
Jl. Brigjend Katamso No.70C/106 Lt.III. Medan 20159 kelurahan Sukaraja. kecamatan Maimoon. Medan- North Sumatera- Indonesia
Mobile/ whatsapp : +6281370644154
Telephone ( Office) : +061-4535455
Email :fantasyhol@gmail.com
Website : www.fantasy-holidays.com
Fan Page : Fantasy Holidays
Instagram : fantasy_holidays
Thanks/ Best Regard