Dalam perjalanan ke kampong nelayan Lampulo, yang terletak berhampiran Banda Aceh
Singgah sebentar di Pantai Ulee Lheue. Disini terletaknya pelabuhan ke Sabang di Pulau Weh.
Sesampai ke lokasi kami disambut oleh ibu bertudung biru muda ini.
Beliau telah menceritakan secara terperinci peristiwa tsunami di pagi 26 Disember 2004. Beliau sendiri mengalami dan melihat sendiri semua kejadian yang berlaku
Gambar asli kapal pada hari kejadian
Pada pagi kejadian tsunami, paras air laut telah naik hingga ke aras dua rumah tersebut. Kebetulan dalam rumah itu terdapat lebih kurang 40 orang yang berlindung kerana ia dua lapis, penghuni rumah setingkat ramai lari ke sini untuk menyelamatkan diri
Dengan takdir Allah SWT, sebuah kapal yang sedang di selenggara di pelabuhan berhampiran telah hanyut dan merapat ke bahagian tepi tingkat atas rumah ini. Penghuni tingkat atas terus menaiki kapal ini kerana paras air semakin meningkat. Setelah selesai mereka menaikinya, dengan kehendak Allah, luruan air mulai menyurut dan kapal terus terkandas sebelum dapat bergerak.
No comments:
Post a Comment