ASSALAMUALAIKUM

click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Monday, 24 October 2016

ACEH : Pantai Lhoknga




Pantai Lhoknga terletak sekitar 20km dari Banda Aceh. 



Pantai ini terletak di tepi jalan utama Banda Aceh ke Meulaboh.



Stesyen minyak berhampiran pantai Lhoknga. Apa yang menarik perhatian ialah papan tanda bahawa ia ditutup pada waktu solat. Jelas bagaimana solat di utamakan dari segala.


Map of Lhoknga Beach, Aceh, Indonesia

Kawasan pantainya menghadap ke Teluk Krueng Raba di Lautan Hindi. Betul betul berhadapan dengan arah terjahan ombak Tsunami dari arah barat.




Di pinggir pantai ini terletaknya Masjid Rahmatullah di kampung Lampuuk.



Masjid ini batu asasnya telah di letak pada 1990 oleh Allahyarham Drs Sanusi Wahab selaku Bupati di Aceh Besar pada masa itu. Kami menginap di rumah beliau sepanjang tiga hari kami berada di Aceh, jutaan terima kasih kepada balu dan anak anak beliau diatas jasa baik mereka.



Bahagian runtuhan yang masih di abadikan pada mesjid ini untuk dilihat oleh pengunjung


Subhanallah, Allah Huakbar...........seluruh kampung di kawasan sekitar lenyap. Allah tetap  memelihara rumahnya  untuk di jadikan iktibar kepada hambanya yang mahu berfikir




Kawasan sekitar masjid selepas di landa tsunami


Kawasan pantai Lhoknga yang menjadi laluan terjahan ombak tsunami



Ombak besar datang dari tengah lautan Hindi nun jauh ditengah laut. Akibat dari gempa bumi yang menghasilkan lurah gelinciran di dalam laut.


Lurah gelinciran yang terhasil menyedut air laut yang kemudian nya di hamburkan kembali ke permukaan laut lalu membentuk ombak tsunami yang tinggi dan menerjah ke daratan. Menyapu bersih apa yang ada kecuali struktur masjid yang dilindungi Allah swt.



Struktur masjid yang di baik pulih oleh kerajaan Turki yang banyak menghulurkan bantuan pasca tsunami






Pantai Lhoknga ketika ini



Menjadi salah satu destinasi tarikan pelancong untuk bersantai di hujung minggu.



No comments:

Post a Comment