Dah sampai ke Bandar Songkhla
Dari sini ke Pantai Samila 4 km sahaja
Sebelum ke pantai pegi Check in dulu di Kao Seng Resort yang terletak di hujung pantai.
Hiasan lanskapnya menarik
Cuma lokasinya agak kedalam sedikit dari jalan utama
Kaunter terletak di bahagian depan, kadar sewanya berbaloi cuma 400 Bath bagi bilik AC.
Kemudian ke Pantai Samila yang terkenal dengan ikon mermaid nya.
Disepanjang pantai dipenuhi dengan gerai menjual makanan dan barangan cenderahati.
Nurul Husna turut tidak melepaskan peluang untuk posing di batu penanda Pantai Samila
Budaya membaca mungkin menjadi amalan penduduk disini
Hujung minggu.....mat motor turut mempamirkan motor klasik masing masing di sini
No comments:
Post a Comment