KHAOSAN ROAD
Peniaga di sepanjang Khaosan Road
Agak sukar mendapatkan makanan halal.......cuma ada kebab daging halal yg di jual oleh gadis Pakistan. OK lah tu..........janji boleh lapik perut.
Kawasan ni menjadi tumpuan backpacker seluruh dunia.
Penat berjalan...hulur kaki utk di urut.....murah saja 100 Bath utk 30 minit.
Kemudian kami menunggu bas utk ke pasar minggu Chautuchak......kemudian drebar bas suruh kami transit bas lain di perhentian hadapan. Kebetulan berhadapan dgn Universiti Thammasat.
Merupakan antara Universiti yang top di Thailand, menurut sejarah siswanya pernah berjuang menuntut demokrasi dan menentang pemerintahan tentera hingga melibatkan banyak korban.
CHAUTUCHAK WEEKEND MARKET
Akhirnya kami sampai ke Pasar Chautuchak......ramai nya manusia..
Pengunjung yg berada di bahagian hadapan pintu masuk
Dah pun sampai.......ronda tengok barang leee.......
Memang luas area dia......stamina kena bagus utk melangkah.
Orang local pun ramai juga........
Memang tempat ini menjadi tumpuan pelancong
Jumpa saja kedai makanan halal....terus duduk dan pekena nasi dulu....
Kedai menjual bunga
kedai haiwan peliharaan
Bahagian dekorasi landskap
Gerai non halal, menariknya semua sayuran di letak pada bhg tengah meja dan pelanggan akan memasukan dalam hidangan mereka tanpa sebarang had.
Pelanggan di beri sejenis bihun berwarna putih yg kosong
LAST DAY DI BANGKOK & BERANGKAT KE DON MUEANG AIRPORT
Hari ni last day kat Bangkok, lepas check out hotel, kami berjalan sepanjang jalan Chakrapong ke bus stop utk ke stesyen keretapi Bangkok di Hualamphong.
Bus stop berseebelahan khlong ini
Suasana bandaraya Bangkok di sepanjang perjalanan bas
Pelajar sekolah menengah di Thailand, fokus pada potongan rambut ala crew cut bagi pelajar disana. Ini merupakan polisi dalam dasar pendidikan Thailand tanpa mengira parti mana yg memerintah disana. Dasar tegas begini berjaya menghasilkan remaja yg lebih berdisiplin.
Sukar dilihat remaja mrk yg melepak dkt mall, mat rempit lansung tak ada. Berbanding dgn negara kita...........malu nak cakap
Bas berhenti di Hua Lamphong........terus pergi kedai makan halal di hadapan perhentian keretapi
Pekena nasi goreng............Aroiiiiii.....memang sedap
Perut dah kenyang......baru gerak ke stesyen Hua Lamphong
Masuk dalam.......nampak banyak tentera. Pd masa ini Thailand di bawah undang undang tentera.
Curfew dikenakan selepas jam 12 malam hingga 5 pagi
Industri pelancongan negaranya berjalan seperti biasa......selamat !
Masuk dlm stesyen........posing lagi.......
Kami beli tiket ke Don Mueang Airport, kena naik tren yg ke Udon Thani.
Utk ke airport ini banyak tren yg melalui laluan ini ....Tidak ada tren khusus ke airport,.terpulang masa kita membeli tiket. kita akan di arah menaiki mana mana tren yg melaluinya pd masa itu.
Tiket keretapi ke Don Mueang 20 bath seorang........murah saja berbanding teksi dan waktu ketibaan ke airport punctual kerana tak ada masaalah traffic jam.
Dari stesyen keretapi Don Mueang Kami jalan kaki melintasi jejantas untuk ke airport
Dah sampai di airport..............ada landskap cantik .....
Ramai tentera yg berkawal di sini.......tak pa...mereka friendly..........
Kawasan utk check in
Kebetulan pd masa itu lapangan terbang ini menyambut ulang tahun yang ke 100 tahun
Sebelum airport Swarnabumi di buka, ia menjadi airport utama di Bangkok
Skrin LCD besarnya merakam foto penumpang dgn background London
Tiba masanya kami ......boarding AA utk ke Bandaraya Chiang Mai di utara Thailand
On the way.......to Chiang Mai....
Bye...Bye....Bangkok
No comments:
Post a Comment