Penerbangan dari Chiang Mai ke Hat Yai biasanya mengmbil masa selama dua jam sahaja
Jadual penerbangan AA yang asal dirombak semula.......akibatnya terpaksa bertolak awal pagi ke airport. Pihak hotel tolong booking teksi awal pagi jam 0500 waktu Thailand. Bayarannya tentulah mahal kerana awal pagi. Rate nya 300 Bath.
Pukul 0600 kami dah siap check in di Airport Chiang Mai
Pukul 0630 dah pun duduk dalam perut AA.......waktu Malaysia 0730
0745 AA berlepas ke Hat Yai..........bye...bye.....Chiang Mai.....
Kawasan pertanian di sekitar Chiang Mai
Selepas lebih kurang 90 minit penerbangan......kelihatan Daerah Phatthalung dengan Pulau Nang Kham dan Pulau Mak (Ko Mak)
Alhamdulillah............AA selamat mendarat di Airport Hat Yai selepas penerbangan selama dua jam.
AA Thai yang kami naiki
Dari airport kami menaiki Songteeow warna biru ke Bandar Hat Yai dgn tambang 30 bath/pax
Sementara menunggu tren ke Alor Star......lambat lagi......ronda dekat Lee Garden
Lee Garden merupakan komplek beli belah dan hotel yang terbesar di Hat Yai
Bahagian hadapan Lee Garden Plaza
kemudian menapak ke stesyen tren Hat Yai.......letih ! rehat dulu......
Hat Yai Junction.....persimpangan landasan antara tren ke arah pantai timur dan barat semenanjung
Tiket dari sini ke A.Star ialah 90 bath/pax
Pukul 4.48 tren bertolak ke Padang Besar
Akhirnya sampai di Imigresen Malaysia di Padang Besar dan naik semula ke tren Ekspress Langkawi yang akan bertolak ke KL Sentral............kami turun dengan selamat di stesyen Alor Star. Alhamdulilah........
No comments:
Post a Comment