2014
Laluan perjalanan keretapi dari stesyen Alor Star ke Stesyen Hua Lamphong Bandaraya Bangkok
Stesyen Keretapi Baru Alor Setar
Tanggal 29 Mei 2014. Bersama Muhammad Nasrul (My Son) kami berangkat ke Bangkok. Kami ke sana dengan menaiki keretapi Ekspress Butterworth Bangkok. Setiap hari terdapat satu trip perjalanana ke Bangkok. Tambang keretapi tempat tidur A/Cond kelas 2 Dewasa RM 105.30 . Bertolak pukul 4.40 ptg. dari stesyen keretapi Alor Setar. Perjalanan secara backpacker memang best kerana bebas dan tak terikat dengan waktu serta manusia lain.
Tepat pukol 4.40 ptg keretapi Ekspres Butterworth ke Bangkok pun sampai..........punctual !
Keretapi meluncur laju, ada kala melepasi 100 kmj dgn menggunakan laluan double track yg baru siap.
Pukul 6.20 ptg keretapi dah sampai di Padang Besar, penumpang yang nak ke Thailand perlu turun untuk mengecop paspot di kaunter imigresen Malaysia dan Thailand.
Tanda arah bagi penumpang untuk ke kaunter imigresen.
Pukul 8.15 mlm, pembantu koc mula memasang katil untuk zzzzzzzzzzz..........best dapat tidur awal !
Waktu subuh view dari dalam koc dan mulai nampak sunrise.....................
Landasan di pinggir laut Cina Selatan di Daerah Prachuap Khiri Khan
Pukul 7.57 keretapi dah sampai di Hua Hin , Bandar Peranginan pinggir laut. Pada tahun lepas kami pernah bermalam disini. Ada kedai makan Muslim berdekatan stesyen keretapi yang menjual roti canai.
Koc kami naiki kedudukannya paling belakang.......jadi tak ada orang lalu lalang
Semua koc dilarang merokok......dendanya 2000bath (RM200)
Pukul 12.50 keretapi sampai di Bangkok.............hampir 20 jam perjalanan !....... tapi tak terasa sangat kerana termasuk waktu tidur di sepanjang malam.
Dah sampai di stesyen Hua Lamphong Bangkok........last stop.
Di bahagian hujung jalan train.......ada sign board Bandaraya Bangkok
Ambil peluang bergambar di mercu tanda stesyen Hua Lamphong
Dari stesyen Hua Lamphong kami ke Kawasan Khao San menaiki tut-tut....
Tuk-tuk mengangkut penumpang antara keunikan yg terdapat di Bandaraya Bangkok
OTW nampak motosikal polis trafik Bangkok .....menarik
Hotel penginapan di Khao San
Kos satu malam 600THB......memang murah. Siap AC,wifi,dan hot shower.
Kerusi di bahagian depan hotel.............simen ferro
Kawasan Khao San.........tumpuan backpackers seluruh dunia.
Di belakang hotel terletak Masjid Chakrabongse........banyak kedai makan muslim di sebelahnya.
Ini lah mesjidnya..........tiada masaalah untuk berjemaah.....
Gazebo di hadapan mesjid
Kota Lama Phra Sumen di tepi Sg Chao Phraya
Maklumat sejarah pembinaan kota ini |
Tiba di pinggir sungai, Pengkalan Phra Arthit
Dari sini river cruise bermula Pier ke 13 hingga ke Nonthaburi Pier ke 30
Tambang 15 THB sehala
View sepanjang sungai
No comments:
Post a Comment