ASSALAMUALAIKUM

click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Monday 28 November 2016

ACEH : Jalan Jalan ke Kota Beureunuen




Dari Banda Aceh ke Mesjid Abu Daud Beureueh di Beureunuen, Sigli  berjarak 123 km.





Dalam perjalanan kelihatan Gunung Berapi Seulawah Agam



Berhenti rehat di Saree yang terletak di kaki Gunung Seulawah, cuaca sekitar sini sejuk dan nyaman


Singgah minum dan makan roti canai versi Indonesia




Kueh Jimphan hanya terdapat di negeri Aceh sahaja. Kueh ini berintikan kelapa muda dan rasanya manis.




Jalan raya utama trans Sumatera menuju ke Sigli



Dah sampai di Mesjid Abu Daud Beureueh



Makam Abu Daud Beureueh terletak di sisi mesjid. Beliau merupakan ulama besar Aceh yang memperjuangkan kemerdekaan Indonesia dari Belanda. 


Lahir pada 1899 dan meninggal pada 1987



Dayah peninggalan beliau terletak bersebelahan mesjid, menjadi pusat pengajian agama bagi pelajar miskin dan anak yatim.



Asrama pelajar



Bandar Beureunuen di Aceh Pidie






Singgah membeli ole ole untuk di bawa pulang ke Malaysia























Tuesday 22 November 2016

ACEH : Jalan Jalan ke Indrapuri


Kunjungan seterusnya ialah ke mesjid tua Indrapuri




Desa Indrapuri di Negeri Aceh banyak menyimpan sejarah. Pada abad ke 12 disini berdirinya kerajaan Hindu Lamuri


Pintu masuk ke Masjid Tuha (Tua) Indrapuri




Mesjid ini juga menyimpan sejarah, merupakan lokasi acara penobatan sultan Aceh yang terakhir.





Foto mesjid tua Indrapuri pada tahun 1880
Menurut sejarah mesjid ini dibina diatas tapak kuil Hindu kerajaan hindu Lamuri. Dikeliling nya terdapat tembok setinggi sembilan meter berbentuk empat segi tepat. Untuk masuk kekawasannya perlu mendaki 16 anak tangga.


Mesjid Tua Indrapuri sekarang, tidak banyak berbeza dengan struktur lama 1880



Kolah air untuk berwuduk terletak didepan sebelum masuk ke dalam mesjid.




Binaan senibina kuno yang unik menjadikan mesjid tua ini sebagai ikon bagi Indarapuri



Krueng (sungai) Aceh terletak di belakang mesjid, pada zaman dulu menjadi mod pengangkutan utama dari sini ke Banda Aceh


Gunung Seulawah Inong kelihatan dari kawasan mesjid. Gunung berapi yang berstatus dorman.


Tembok batu berbentuk segiempat tepat membentengi kawasan mesjid dari luar.


Ruang kolah berwuduk terletak di pintu masuk mesjid



Dari mesjid tua ini kita dapat berkunjung ke makam Tgk Chiek DiTiro , seorang pahlawan agung dalam sejarah Aceh menentang kompeni Belanda. Beliau berasal dari daerah Tiro di Aceh.



Dari Indrapuri kami melanjutkan perjalanan ke Sigli, singgah sebentar di pekan Saree yang terletak dikaki gunung Seulawah untuk berehat .

ACEH : Melawat Muzium Tsunami


Image result for museum tsunami banda acehMuzium ini dibina sebagai simbolik bagi memperingati gempa bumi dalam lautan Hindi yang mencetuskan ombak tsunami yang membantai negeri Aceh Darussalam


Image result for museum tsunami banda acehTerletak di Jalan Sultan Iskandar Muda, Sukaramai.Baitul Rahman. Banda Aceh.














Bahagian ground floor muzium



Laluan dalam muzium





Senarai nama korban bencana di abadikan pada bahagian dinding muzium



Monday 21 November 2016

ACEH : Bot Tsunami Atas Rumah di Lampulo





Dalam perjalanan ke kampong nelayan Lampulo, yang terletak berhampiran Banda Aceh




Singgah sebentar di Pantai Ulee Lheue. Disini terletaknya pelabuhan ke Sabang di Pulau Weh.



Sesampai ke lokasi kami disambut oleh ibu bertudung biru muda ini.


Beliau telah menceritakan secara terperinci peristiwa tsunami di pagi 26 Disember 2004. Beliau sendiri mengalami dan melihat sendiri semua kejadian yang berlaku






Gambar asli kapal pada hari kejadian


Pada pagi kejadian tsunami, paras air laut telah naik hingga ke aras dua rumah tersebut. Kebetulan dalam rumah itu terdapat lebih kurang 40 orang yang berlindung kerana ia dua lapis, penghuni rumah setingkat ramai lari ke sini untuk menyelamatkan diri


Dengan takdir Allah SWT, sebuah kapal yang sedang di selenggara di pelabuhan berhampiran telah hanyut dan merapat ke bahagian tepi tingkat atas rumah ini. Penghuni tingkat atas terus menaiki kapal ini kerana paras air semakin meningkat. Setelah selesai mereka menaikinya, dengan kehendak Allah, luruan air mulai menyurut dan kapal terus terkandas sebelum dapat bergerak.