ASSALAMUALAIKUM

click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Friday 15 July 2016

ACEH : PUNCAK GUNUNG GEURUTE



Hari kedua di Banda Aceh, kami melawat kawasan pantai barat yang di bantai tsunami 2004 dengan hebat sekali dan menelan korban serta kemusnahan yang amat parah.




Dari kediaman di Beurawe, selepas sarapan pagi  kami bertolak ke puncak Gunung Geurutee yang terletak di pantai barat Aceh. Menghadap ke lautan Hindi. Jarak perjalanan sejauh 68km



Selepas sejam perjalanan sampai di km 59, sudah kelihatan gunung Geurutee dihadapan. 
Pemandangan panorama alam sangat indah dengan hiasan pokok pinus di pinggir pantai dan banjaran gunung di sebelah daratan






Gunung Geurutee terletak di perbatasan antara Aceh Jaya dan Aceh Besar. Selain dari menjadi pemisah geografi fizikal ia juga memisahkan dua adat dan budaya bagi suku  Aceh. Penduduk asli Banda Aceh di Aceh Besar umumnya mewakili latarbelakang suku Aceh. Manakala suku di wilayah barat dan selatan di sini lebih beragam.



Di bahagian puncak terdapat deretan gerai makan dan menjadi singgahan utama bagi mereka yang dalam perjalanan ke Meulaboh dan Tapak Tuan.







Mercu tanda Puncak Geurute, Aceh Jaya



Salah satu daya tarikan pelancong ke sini ialah untuk melihat kehadiran siamang, seperti yang di iklankan pada warung ini




Siamang akan turun dari hutan rimba di sekitar dan bermesra dengan pengunjung warung. Terkejut melihat jadual, kerana siamang juga mempunyai disiplin waktu tertentu untuk bertemu pengunjung ! Mungkin siamang ini mempunyai jam dinding di kediaman mereka.



Memang benar, pada waktunya ada siamang yang dah sampai dan menumpang makan mee segera bersama pengunjung gerai



Siamang ini dah jinak dan tidak ganas, mungkin kerana dah menjadi rutin hariannya bertemu dengan manusia. 


Boleh di pegang dan bermesra dengan nya


Dia mampu makan apa saja dan menggunakan penyedut minuman untuk minum


Ambil peluang untuk berkenal dengan siamang


Image result for GEURUTEE ACEH
Rakan rakan siamang yang lain


Monyet di Puncak Geurutee Aceh Jaya

Menikmati makanan dan minuman yang dibelanja oleh pengunjung gerai


Selain siamang, pengunjung boleh bersantai menghadap ke laut lepas menikmati panorama ciptaan Allah swt.


Pemandangan alam yang sangat mengasyikan


Pemandangan alam yang menghilangkan rasa penat

Memang cantik, kelihatan Pulau Kluang yang tidak berpenghuni dihadapan dan lautan Hindi  terbentang luas


Image result for GEURUTEE ACEH

Puncak Geurutee Aceh Jaya
Luruan ombak tsumami datang dari arah belakang sana setinggi hampir 10 meter mmembantai kawasan barat Aceh pada 26 Dis.2004


Warung makan terletak di tepi laluan utama pantai barat. Ditegakkan diatas gaung jurang oleh tiang kayu , memang santai di sini.

Berehat sambil minum air kelapa

Kecantikan alam Pantai Barat Aceh berdepan Lautan Hindi




Pemandangan alam disini sangat cantik, mengatasi pemandangan Uluwatu di Bali. Cuma ianya kurang di promosikan kepada pelancong luar negara.

Image result for GEURUTEE ACEH

Puncak Geurutee Yang Menajubkan Di Aceh
Pemandangan dari arah selatan warung menampakan rumah penduduk kawasan Lamno, Aceh Jaya.



Wednesday 13 July 2016

ACEH : Makan Tengahari di Rumah Makan Bang Gam



Di Banda Aceh kami menginap di kediaman Kak Wati di Beurawe, Kuta Alam.Banda Aceh.




Beliau sangat berbesar hati dengan kunjungan kami, dan membawa kami makan tengahari di Rumah Makan Bang Gam yg terletak hampir 10km dari rumahnya.


Perjalanan kami melalui Pekan Lambaro





Warung makan bang Gam menyediakan Ikan Paya (Ikan darat), bebek (itik) dan ayam tangkap.

Kebetulan pula hari minggu, maka ramai pengunjung yang datang kesini.



Apa yang menarik dan menjadi kelainan disini ialah konsep makan sambil bersantai di pinggir sawah.


Gerai panjang berbumbung atap dan dibuat sekatan untuk memisahkan pelanggan dan angin sawah menggantikan kipas.



Pelanggan bersila  sambil menanti pesanan sampai


Konsep yang bagus bagi sesiapa yang hendak memulakan perniagaan kedai makan yang santai, cuma memerlukan kawasan yang agak  luas

Pesanan dah sampai, hidangan stail kampong.



Hidangan makan tengahari ala kampong yang menyelerakan di pinggir bendang tanah Aceh


Masing masing menyandar kekenyangan, dikanan sekali 
En Heri yang menjadi supir selama kami berada di Aceh


Adik Amru cucu kepada Kak Wati, ia belajar di International School di Banda Aceh

 
Dalam perjalanan pulang kami singgah di pasar Lambaro

Keadaan deretan kedai di Lambaro


Suasana pekan Lambaro




Monday 11 July 2016

ACEH : Melawat Perkuburan Mangsa Tsunami


Dalam perjalanan dari Bandara Sultan Iskandar Muda ke Banda Aceh kami melalui Desa Siron.
 Disini terletaknya salah satu kuburan mangsa tsunami yang melanda Banda Aceh pada 26 Disember 2004.




Kawasan tanah lapang di belakang tugu ini merupakan kuburan bagi 46,718 orang mangsa tsunami

Tulisan kata kata hikmat, atas sekali dalam Bahasa Aceh

Bahagian pintu utama untuk masuk ke kawasan perkuburan ini.