ASSALAMUALAIKUM

click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Monday 15 June 2015

BALI : Melawat Tanah Lot







Selepas melawat sekitar Berdugul, terus pecut sepeda motor turun dari tanah tinggi hingga ke kedai Teman Joger

Selesai membeli cenderahati disini, perjalanan di sambung ke Tanah Lot. Tak ada masaalah utk sampai ke sini kerana semua nya menggunakan GPS.

Ini lah laluan turun ke pantai kawasan berbatu yg terdapat pura tanah lot. Semua pengunjung masuk tanpa dikenakan sebarang bayaran tiket. 





Waktu sampai air laut surut, jadi pengunjung boleh berjalan kaki melalui batuan ke pura. Maleh nak pi, tak ada apa yg menarik ,setakat ambil gambar kenangan dari jauh sahaja.




Pura nya terletak diatas bungkah formasi batu

Kawasan nya di penuhi gerai yg menjual perbagai jenis barangan kpd para pengunjung.


BALI Melawat Kintamani




Perjalanan dari Tegallalang ke Kintamani, merupakan proses pendakian ke kawasan tanah tinggi kawah gunung berapi.







Dalam perjalanan ke Danau Batur melalui kawasan penempatan masyarakat Bali yang sedang menjalankan aktiviti adat hindu di pura pura mereka sempena hari besi.







Gunung Batur ketinggiannya 1717 m , gunung berapi yg aktif kali terakhir meletus pada tahun 2000. 
Kawahnya bersaiz 10 x 13 km. Membentuk Danau Batur.

Map of Danau Batur, Kintamani, Kab. Bangli, Indonesia


Untuk sampai ke tepi danau, terpaksa ikut jalan berliku menuruni di sepanjang kawah gunung berapi 


Akhirnya sampai ke kawasan rata tepi tasik di Desa Batur.

Air danau ini berasal dari air hujan yang terperangkap pada kawah gunung berapi  Batur


 Di sebelah barat dari danau ini ada sebuah desa tertua di Bali aitu Desa Trunyan. Desa Trunyan ini terkenal dengan keunikannya dalam ritual pemakaman orang yang telah meninggal.

Danau ini terletak pd ketinggian 1050m dpl, ini menjadikan kawasan persekitarannya dingin

Terdapat rumah makan di pinggir danau


Luas permukaan Danau Batur Kintamani
 ini kira kira 16 km persegi

Dari Desa Batur mendaki semula jalan sepanjang lereng kawah gunung berapi hingga ke  Jalan raya di Kintamani ini, disebelah kiri jurang dalam dan kawasan view point danau Batur



Antara beberapa pura yg terdapat di Kintamani


Pejabat Camat di Kecamatan Kintamani


Dijalan Kintamani ke Singaraja, terdapat mesjid Al Muhajirin. Terdapat ramai pengganut Islam di sini.


Sehari sebelumnya mereka telah mengadakan majlis isra mikraj bagi kawasan Kintamani, Kecamatan Bangli. Bali


Disebelah mesjid, ada kedai makan muslim. Terus order satay dan gulai kambing utk makan nasi tengah hari. Rasanya tak kan sama tempat kita, setakat mengalas perut.


Turun dari kawasan tanah tinggi Kintamani, dalam perjalanan pulang ke Kuta terus  ke Pasar Seni Sukawati di Daerah Gianyar. Kedudukannya kira kira 30 km dari Kuta.

Barangan biasa biasa  sahaja, cuma ronda ronda sekejap saja. Kemudian terus pulang ke Kuta.

Sunday 14 June 2015

BALI : Melawat Tegallalang





Laluan perjalanan dari Ubud ke Tegallang Rice Terraces




Perjalanan dari Ubud ke Tegallalang memakan masa dalam 30 minit. Jika menggunakan kereta perlu lebih lama lagi kerana jalannya kecil dan macet (jam) di Tegallalang akibat kawasan parkir terhad.
Dah sampai di desa Pak Raman di Tegallalang

Kawasan tanaman padi teres yg menjadi tumpuan pelancong


Sebenarnya di Ubud juga terdapat padi yg di tanam di kawasan teres, cuma tidak dijadikan
 pusat pelancongan sahaja

Di lereng bukit terdapat perbagai gerai cenderahati

Minta mbak pembantu gerai tolong snap foto di sini.


Padi yg telah di potong di leraikan dengan cara membanting ke dalam tong (kaedah yg sama di gunakan di Kedah 20 tahun yg lalu)



Padi yg hendak di simpan di ikat dalam bentuk gemal 
untuk di simpan setelah di keringkan dibawah sinaran cahaya matahari

Selepas berhenti lebih kurang 40 minit disini , perjalanan mendaki  di teruskan arah utara ke Tasik Batur, Kintamani.

Saturday 13 June 2015

BALI : Melawat Ubud






Di Losmen Arthawan, hari kedua di Bali. 
Cadangan hari nak jalan jalan ke Ubud, terus ke Tegalalang dan seterusnya mendaki ke tanah tinggi Kintamani.







Kawasan kediaman penduduk  dalam perjalanan ke Ubud







Suasana kampung dalam perjalanan ke Ubud

Kegiatan dan aktiviti penduduk di Pulau Bali
Melalui rumah adat Lambing dalam perjalanan ke Ubud


Map of ubud bali

Dah sampai di daerah Ubud, terus ke kawasan
 monkey forest




Pintu masuk ke monkey forest, di sambut oleh patung bapa monyet di kiri kanan jalan. Tak berminat nak masuk melawat kerana dah tahu perangai buruk mereka.

Terus menunggang ke pekan Ubud, kelihatan tiga pemuda ubud dok lepak di kaki lima kedai.

Sembang sembang dgn mereka. Dua darinya memakai pakaian adat hindu Bali.


Ubud terletak di kawasan tanah tinggi. Terkenal sebagai pusat tarian tradisional dan seni kraf tangan.


Laluan dalam bandar Ubud 

Hasil kraf tangan yg di jual di pasar seni Ubud



   Pasar seni Ubud memang terkenal di kalangan pelancong 


Laluan utama dalam bandar Ubud. Cuaca sejuk macam di Cameron Highland.


Hasil seni lukis yg di jual di pasar seni ini.





Suasana kawasan perkampungan dalam perjalanan ke Tegallalang