ASSALAMUALAIKUM

click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Saturday 31 August 2013

MELAWAT CHIANG MAI 2013








Chiang Mai dalam bahasa Thai  เชียงใหม่ terletak pada Longitud 98.96 T dan       
Latitud 18.77 U yang bererti kota baru ; kedudukanya di utara Thailand berdekatan sempadan Burma merupakan bandaraya kedua terbesar di Thailand


Terletak di antara pergunungan yang membentuk bahagian utara negara Thai. Kedudukannya 700km ke utara Bandaraya Bangkok. Sg Ping melintasi bandaraya ini dan menjadi salah satu cawangan Sg Chao Phraya.

Berkas:Ping river-1.JPG

 Pemandangan Sg Ping yang melalui tengah-tengah bandaraya Chiang Mai

Sejarah Chiangmai bermula pada 1296 didirikan oleh Raja Mengrai sebagai ibu kota kerajaan Lannathai. Beliau telah mendirikan tembok kota serta parit berbentuk bujur mengelilingi kota ini bagi melindunginya dari serangan luar, terutama Kerajaan Burma.

Pintu gerbang Tha Phae iaitu pintu masuk utama yg masih tinggal pada bahagian tembok yang mengelilingi kota Chiang Mai pada zaman dahulu.



Hari Pertama Rabu 14 Ogos 2013

Geng kami bertolak ke Changlon utk menaiki van Thailand ke Airport Hat Yai.


Di hentian Changlon, simpan kereta dan naik van Thailand 9W2128 BKK.




Biasanya Us Adil akan pergi bersama kerana beliau sangat berminat jalan jalan untuk meluaskan pengalaman.Kami bertolak pada pukul 7.50 pagi.
Pukul 8.00 kami dah sampai di pintu sempadan Malaysia untuk urusan paspot.
Setelah selesai perjalanan diteruskan ke airport Hatyai dan kami sampai disana pada jam 10.00 pagi.




Penerbangan ke Chiang Mai dengan AA pada pukul  11:15 waktu Thailand. Check in dan rehat sekejap. Pada pukul 11.44 kami semua telah berada dalam perut pesawat.




AA berangkat dan pada pukul 1.40 ptg kami sudah berada diruang udara Chiang Mai, jelas kelihatan Sg.Ping yang melalui ditengah bandaraya ini, serta sawah padi dan rumah penduduk di sekitarnya.




Pada pukul 1.50 ptg kami selamat mendarat di lapangan terbang International Chiang Mai yang merupakan salah satu dari lima airport terbesar di Thailand. Lokasinya 4 km dari bandaraya.




Airportnya cantik, siap ada lanskap lagi didalamnya. Selepas mengambil luggage kami mencari teksi ke hotel.




Angkat backpack ke teksi. Teksi jenis Toyota Fortuner  !! ........kat tempat kita orang kaya saja yg pakai kereta ni......he...he.




Selepas 20 minit perjalanan kami dah sampai ke hotel Night Bazaar Place yg terletak di jalan Charoenprathet lane 1. Terus check in dan sewanya baru RM60 semalam. Masa utk mandi dan berehat ....




Sebelah petang kami melawat kilang payung Rom Borsang. Berbagai jenis dan warna payung tempatan di buat disini untuk menarik pelancong dari seluruh dunia.




Kertas Sa ( sa paper ) utk membuat payung ini diambil dari kulit pokok Mulberry. Direndam dalam air selama 24 jam. Kemudian direbus bersama abu kayu selama 3-4 jam, disejukkan dan dipukul dengan tukul kayu bagi melembutkannya dan mengeluarkan serat (fiber). Serat ini di rendam dalam air dan kemudiannya dkeringkan dengan menggunakan frame khas. setelah kering ia di tarik(peel)  keluar dlm btk lembaran kertas utk diguna membuat payung.




Kemudian kami melawat showroom permata...
Tak berminat pun....cuma duduk kat luar lihat kolam ikan koi....Kami naik tut-tut yg warna merah tu...utk bergerak pada hari ni.
   Pukul 6.00 kami balik, makan malam dikedai makan sebelah hotel.....pekena nasi briyani... tak la sedap mcm nasi briyani mamak di tempat kita.
   Pukul 7.00 malam dah sampai di lif hotel bersama cik gu Ishak.



Hari Kedua Khamis 15 Ogos 2013

Pukul 7.00 pg selepas sarapan di hotel, kami dah besedia nak bertolak ke utara sejauh 120 km ii ke Chiang Rai wilayah paling utara di Thailand. Bandarnya mempunyai penduduk seramai 62 ribu orang. Terletak 820km ke utara Bangkok.



Pesinggahan pertama di Thaweesin Hotspring yg terletak sebelum bandar Chiang Rai. Ia merupakan geiser yg dpt memancutkan air panas bersuhu hingga 95 celcius setinggi 37m pada setiap 30 minit.




Sampai di Chiang Rai lawatan pertama ialah di penempatan suku asli Akha. Penempatan asal mrk berdekatan gunung Doi Tung pada ketinggian 2000m yg merupakan gunung tertinggi di wilayah Chiang Rai.





File:Akha Smile for 16 Baht.jpg


Wanita Akha dan perkampungan asal mereka.






Suku Lahu ini pula atau dikenali juga sebagai Muser dlm bahasa Burma yg bermaksud pemburu. Mrk berasal dari dataran Tibet kemudian menjelajah ke China, Laos, Burma dan Thailand. Di Thailand populasi mrk 11.5% dr keseluruhan semua suku asli yg ada.





Gambar atas kiri, penulis bersama dua wanita Palong (Palaung) berbaju pink yg tinggal di Thailand. Mrk ini datang dari Burma dan berasal dari selatan China yg kemudiannya berhijrah ke Myanmar(Burma).
      Gambar bawah, penulis bersama wanita Karen. Majoriti mrk tinggal di Burma. Hanya sekitar 280 ribu shj yg tinggal dalam wilayah Thailand. Kebanyakkan wanita Suku Karen mahir menenun kain.




Menurut sejarah gelang tembaga yg dipasang pd leher bertujuan bagi menghalang kaum wanita dari gigitan harimau.




Ada yang cantik......boleh buat menantu.......









Beginilah cara membelit dawai tembaga di leher dan kedudukan postur tulang leher akibat belitan tembaga tersebut, berat tembaga ini mencecah 3kg.



Dari perkampungan suku asli di Chiang Rai perjalanan diteruskan ke arah utara menuju bandar Mae Sai. Kami singgah di mesjid An-Noor Mae Sai utk menunaikan solat.
    Apa yg menarik ialah di halaman depan mesjid ada peralatan senaman sukan rekreasi yg boleh di gunakan oleh jemaah. Kalau tempat kita masuk hari kedua semuanya dah berpindah ke kedai besi buruk..........nasib le.... 




Keluar dari mesjid kami ke kedai Jade Mandalay. Batu tongkol yg beratnya hampir satu ton setiap satu didatangkan dari wilayah Mandalay di Myanmar dengan menggunakan lori ke sini. Batu ini diproses utk mendapatkan jade dan membuat pelbagai btk barang perhiasan 






Lepas tu kami jalan jalan di Bandar Mae Sai iaitu bandar paling utara di Thailand. 
Di seberang sungai sana  ialah bandar Tachilek negara Myanmar dan terdapat post imigeresen utk urusan paspot ke Myanmar.




Perjalanan di sambung lagi menuju ke Golden Triangle. Satu masa dulu Khun Sa pernah menjadi raja dadah (Opium King) di sini.

Golden Triangle yg menemukan Thailand di kiri, Myanmar di tengah (merah) dan Laos dikanan (ungu) dlm btk segi tiga. oleh cawangan hulu Sg Mekong.


Kami meneroka kawasan segi tiga ini dengan menaiki perahu. Di bhg Myanmar tersergam kasino Paradise manakala di bhg Laos negara China telah mendirikan kasino di kawasan tanah yg dipajaknya. Matlamat mrk utk menarik pelancong asing yg datang dari arah Thailand berkunjung ke sana.



Hari Ketiga   Jumaat  16 Ogos 2013

Selepas bersarapan kami menuju ke Daerah Mae Rim.
Tempat pertama kami tuju ialah ke Maesa Elephant Camp yg terletak di lembah Maesa.





Inilah rupa tiket dan pintu masuk kem gajah ini. Terdapat direktori yg memaparkan biodata bagi 71 ekor gajah ii nama gajah,umur,tarikh lahir,jantina dan nama pengembalanya.


Kemudian terus ke kandang gajah diatas bukit


Beginilah gajah yg masih berada kandang bersama pengembalanya




kami mendekati anak gajah.....tak berani dgn gajah yg besar. Masih kanak kanak......tuan sebut   kiss....kiss.....kiss!! ..........lansung anak gajah mencium bhg leher dgn belalainya......geli  giler !!!!..krn air liurnya yg lembab.....eeeeeeeee.




pada pukul 1030 pg semua gajah keluar dari kandang menuju ke sungai untuk mandi pagi.. si pengembala akan mandikan dan membersihkan badan gajah.


Lepas mandi gajah di bawa ke dataran  khas utk pertunjukan kemahiran che jah.....



Persembahan bermula dgn perarakan masuk kotingen che jah ke dataran.......
Inilah antara kemahiran mereka







Paling mengagumkan ialah kemahiran melukisnya yg mengatasi manusia.....!!
    Lihat sendiri gambar di bawah ni...




 dan ini hasil seninya......ada yg dijual dengan harga ribuan ringgit




selesai melawat kem gajah....kami berkunjung ke sekolah monyet.....sekolahnya belum mencapai tahap sekolah kluster lagi....mungkin satu hari nanti.
Inilah gambar antara pelajarnya yg telah mendaftar................




 Lepas tu kami melawat ke King Cobra show 



....dan cuba nak tunjuk berani dgn ular sawa!!....wooo  ooo .............geli yg teramat sangat.....tahannnnn.........cool down !


 Kemudian kami melawat pula ke Tiger Kingdom......nasib malang bateri kamera rosak  dan tak mampu bekal kuasa walaupun disambung dgn power bank.......jadi x ada foto laa..........

bila balik ke hotel.........terus cari mall yg jual bateri. Cari punya cari dapat , harganya 900THB
Di Chiang Mai pun ada bank Islam...bukan di Malaysia saja yg ada.......ini kena tahu agar tidak mudah kena kelentong dgn media arus perdana.




Disebelah malam semua bhg bahu jalan ini akan bertukar menjadi gerai pasar malam.




ni  lah mesjid jamek Chiang Mai yg terletak disebelah hotel



Hari Keempat   Sabtu  17 Ogos 2013



Seawal 7.00 pg semua dah siap utk nak bertolak ke airport



Pukul 7.30 pg semua dah berada di airport, bersemangat nak balik................



Pukul 9.00 AA bertolak ke Hat Yai


 Pada pukul 11.00 pg pesawat sudah sampai di ruang udara bandar Songkla.....nampak stadium dan airport songkla




Pukul 11.11 pg selamat sampai di
International  Airport Hat Yai